• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video Seks Songsang: Ada Pihak Gelabah, Panik

oleh
17/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Naib Presiden PKR, Zuraida Kamarudin percaya terdapat tanda-tanda gelabah dan panik sesetengah pihak, susulan tindakan pihak polis menahan beberapa individu bagi membantu sisatan berhubung penularan video seks songsang mengaitkan pemimpin partinya.

Beliau mempersoalkan mengapakah sesetengah ahli politik mengeluarkan komen sedangkan siasatan polis sedang berjalan dan menghampiri kemuncak.

Katanya, pihak polis sewajarnya diberikan ruang menjalankan tugasan mereka tanpa sebarang tekanan politik daripada mana-mana pihak.

“Saya merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pemimpin politik kanan berkaitan siasatan video seks yang sedang berlangsung, bahawa pihak yang sedang disiasat perlu mengambil cuti daripada jawatan kerajaan yang disandang dan secara terpilih menekankan kepada keaslian video tersebut.

“Sedang siasatan pihak polis makin menjurus menghampiri dalang disebalik kes ini, terdapat tanda-tanda gelabah dan panik yang jelas dikalangan sesetengah pihak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu dilihat sebagai reaksi kepada gesaan Ketua Penerangan PKR. Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin yang menasihatkan pemimpin dikaitkan dengan tuduhan salah laku supaya bercuti sementara sehingga siasatan pihak berkuasa selesai.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Industri Utama berkata, tindakan itu penting bagi memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan tugas serta menunjukkan kepada rakyat bahawa pemimpin-pemimpin tidak cuba berselindung di sebalik jawatan tinggi, kedudukan di dalam parti serta menjadikan Perdana Menteri sebagai perisai mempertahankan diri.

Mengulas mengenai perkara itu lagi, Zuraida berkata beliau menghidu sikap pilih kasih dalam komen-komen yang dibuat.

“Video dalam nuansa sama juga pada suatu waktu dahulu pernah diedar mengaitkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pada waktu itu kita semua bersatu hati mengutuk sekeras-kerasnyanya perbuatan ini sebagai konspirasi politik dan politik longkang.

“Kini individu yang pernah mengambil ketetapan tersebut seolah-olah mendokong politik longkang seperti ini dengan kononnya berhujah tentang ketulenan.

“Malah lebih teruk lagi, individu yang mendesak cuti sementara daripada jawatan tugasan kerajaan ini adalah orang sama yang hanya berdiam diri apabila video seks melibatkan Anwar disebarkan ke seluruh pelusuk negara.

“Kesemua kami termasuk Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR) berdiri teguh bersama Anwar pada waktu itu,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ampang mendesak agar semua pihak berhenti mengeluarkan kenyataan yang bersifat mementingkan diri sendiri dan dengan agenda peribadi, sebaliknya biarkan pihak berkusa menjalankan tugasan dengan teliti, menyeluruh dan penuh profesional. – UTUSAN ONLINE

Tags: PKRSeks Luar Tabiiseks songsangZuraida Kamaruddin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Krisis Politik Negeri Sembilan: Pemimpin PKR Harap BN Hormati Perjanjian Perpaduan

Krisis Politik Negeri Sembilan: Pemimpin PKR Harap BN Hormati Perjanjian Perpaduan

27/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) berharap Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan akan menghormati perjanjian pembentukan kerajaan...

Usul Undi Tidak Percaya Diluluskan, Kepimpinan Cabang PKR Kuala Selangor Dipersoal

Usul Undi Tidak Percaya Diluluskan, Kepimpinan Cabang PKR Kuala Selangor Dipersoal

22/04/2026
0

KUALA SELANGOR – Kepimpinan Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kuala Selangor berdepan tekanan selepas satu usul undi tidak percaya terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd