• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tweet Raja Permaisuri Agong Tarik Perhatian

oleh
16/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MEMANG ramai sedia maklum, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah merupakan antara kerabat diraja berjiwa rakyat dan juga aktif memuat naik status di media sosial.

Sebelum ini, baginda pernah berkongsi tentang durian, dan terbaharu baginda memuat naik gambar bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Twitter.

Foto Tunku Azizah dan Agong yang memakai pakaian rasmi menjadi tumpuan netizen gara-gara kapsyen mencuit hati ditulis baginda.

“Maaf… terdelete kerana tidak check terlebih dahulu sama ada gambar rasmi boleh dikongsi atau tidak.

“Tak sabar nak jadi pengantin lagi agaknya! Selamat pengantin baharu,” tulis baginda.

Perkongsian itu telah mendapat 4,000 ulang kicau dan 9,600 tanda suka sejak dimuat naik pagi tadi.

Dalam ruangan komen gambar tersebut, seorang netizen yang dikenali sebagai @durians bertanya kepada Tunku Azizah, mengapa tengkolok berubah untuk setiap Agong.

Tunku Azizah berkata, setiap Agong akan mempunyai tengkolok masing-masing.

“Terima kasih di atas maklum balas Tuanku. Kami tidak sabar menyaksikan Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-16 pada 30 Julai ini.

“Juga tidak sabar untuk melihat potret baharu di dinding dan restoran. Kami juga merindui potret rasmi Raja Permaisuri Agong, sudah tiga tahun sejak kami melihatnya buat kali terakhir,” tulis @durians itu lagi.

Bagaimanapun Tunku Azizah membetulkan tempoh ketiadaan potret Raja Permaisuri Agong yang ditulis netizen itu.

“Dua tahun,” tulis baginda.

Fikri Hasyim pula menulis, “Bagai pinang dibelah dua. Ini bukan raja sehari, raja setiap hari. Sangat hargai penglibatan media sosial Tunku. Sekurang-kurangnya rakyat akan merasa dekat dengan pemerintah. Daulat Tuanku!”

“Tuanku, sangatlah cantik dan indah busana diraja ini, terletak elok pada pasangan kesayangan rakyat Malaysia. Moga ALLAH permudahkan urusan pertabalan Yang di-Pertuan Agong,” tulis Nafiz Nazly pula.

Al-Sultan Abdullah akan ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai ini.

Kerajaan juga telah mengumumkan tarikh itu sebagai cuti am tambahan di seluruh negara. – Sinar Harian

Tags: Raja Permaisuri AgongTunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Agong, Raja Permaisuri Agong Beri Sumbangan Kepada Nor Nadia

Agong, Raja Permaisuri Agong Beri Sumbangan Kepada Nor Nadia

06/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofia prihatin terhadap nasib keluarga Allahyarham...

Agong, Permaisuri Buat Lawatan Negara Ke Brunei Esok

Agong, Permaisuri Buat Lawatan Negara Ke Brunei Esok

12/10/2024
0

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah akan mengadakan lawatan negara ke Brunei...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd