• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video Seks: Haziq, 5 Individu Direman 6 Hari

oleh
15/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz yang dikaitkan dalam isu video seks dengan seorang lelaki yang didakwa mirip seorang Menteri Kabinet ditahan polis, semalam.

Haziq ditahan bersama lima lagi lelaki berusia lingkungan 25 hingga 38 tahun di sekitar Lembah Klang dalam tangkapan berasingan bermula jam 6 petang sehingga 10 malam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, kesemua individu itu ditahan bagi membantu siasatan dipercayai terlibat dalam konspirasi merakam video intim berkenaan.

“Kesemua mereka direman selama enam hari sehingga Sabtu ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada 12 Jun lalu, bekas pegawai kanan kepada seorang Timbalan Menteri membuat pengakuan mengejutkan apabila bersumpah dia ialah individu dalam klip video intim bersama seorang lelaki mirip seorang menteri Kabinet.

Haziq Abdullah, 27, memuat naik video pengakuan itu berdurasi 30 saat itu di akaun Facebooknya dan turut menamakan seorang menteri yang juga pemimpin kanan sebuah parti kerajaan terlibat.

Haziq berkata, perlakuan itu dirakam tanpa pengetahuannya pada 11 Mei lalu di Hotel Four Points di Sandakan, Sabah ketika Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan.

Tags: Haziq AzizPKRSeks Luar Tabiivideo semburit
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Krisis Politik Negeri Sembilan: Pemimpin PKR Harap BN Hormati Perjanjian Perpaduan

Krisis Politik Negeri Sembilan: Pemimpin PKR Harap BN Hormati Perjanjian Perpaduan

27/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) berharap Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan akan menghormati perjanjian pembentukan kerajaan...

Usul Undi Tidak Percaya Diluluskan, Kepimpinan Cabang PKR Kuala Selangor Dipersoal

Usul Undi Tidak Percaya Diluluskan, Kepimpinan Cabang PKR Kuala Selangor Dipersoal

22/04/2026
0

KUALA SELANGOR – Kepimpinan Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kuala Selangor berdepan tekanan selepas satu usul undi tidak percaya terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd