• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Airlines Kebanggaan Rakyat Malaysia

oleh
15/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MALAYSIA Airlines Berhad (MAB) atau lebih dikenali sebagai Malaysian Airline System (MAS), dijenamakan semula kepada Malaysia Airlines, merupakan syarikat penerbangan kebangsaan negara kita. MAS adalah kebanggaan negara sebagai sebuah syarikat dan kebanggaan rakyat Malaysia yang namanaya dekat di hati setiap rakyat. Hampir semua negara mempunyai syarikat penerbangan kebangsaan sendiri. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia menggesa MAS terus diberikan kepercayaan menjadi syarikat penerbangan kebangsaan.

Tun Dr. Mahathir berkata Malaysia sedia mempertimbangkan untuk menjual syarikat negara sekiranya terdapat tawaran baik untuk syarikat itu. Kerajaan perlu berhati-hati dalam memilih pembeli dan melihat pilihan terbaik untuk memulihkan syarikat penerbangan kebangsaan negara kita. Penswastaan penuh atau jualan 100% pegangan saham MAB bakal menjadikan syarikat ini terdedah kepada kehilangan identiti syarikat kebangsaan dan menjejaskan kepentingan negara. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia menggesa kerajaan melihat kepada penstrukturan PROTON yang bekerjasama dengan GEELY melalui pegangan saham 51%-49%, di mana syarikat Malaysia masih menjadi pemegang saham berkepentingan majoriti. Inilah yang dilaksanakan oleh pemerintaan kerajaan terdahulu yang digembar-gemburkan sebagai “menjual negara”. Hari ini, PROTON makin berkembang maju, seterusnya pulih daripada kemelut kewangan. Jelas, kerajaan terdahulu tidak menjual aset negara.

Memandangkan kerajaan tidak mempunyai peruntukan kewangan mencukupi untuk memulihkan MAB, kaedah kerjasama 51%-49% antara syarikat berkepentingan kerajaan dan syarikat swasta dilihat solusi terbaik sebagai pelan pemulihan MAB. Adalah amat penting untuk kerajaan memiliki kepentingan majoriti kerana skop perniagaan MAB mungkin berbeza pada masa hadapan. Pengambil-alihan di masa hadapan mungkin merugikan kerajaan apabila harga saham syarikat meningkat naik.

Pemilikan saham majoriti oleh kerajaan juga dilihat melindungi rakyat Malaysia yang selama ini bekerja di bawah MAB. Jika pihak swasta menguruskan syarikat penerbangan kebangsaan, ribuan rakyat Malaysia boleh diberhentikan begitu sahaja dan mereka boleh menggunapakai pekerja-pekerja mereka yang sedia ada untuk menjimatkan kos dan mengoptimumkan keuntungan. Pada ketika itu, pemegang saham milik kerajaan seperti Khazanah tidak dapat berbuat apa-apa untuk melindungi kepentingan rakyat Malaysia. Lebih buruk apabila kerajaan yang tidak mempunyai kepentingan saham majoriti, tidak mempunyai kuasa untuk menentukan dasar-dasar kepentingan nasional dalam syarikat penerbangan kebangsaan.

Beberapa hari lepas, Perdana Menteri telah menggariskan dua syarat kepada potensi syarikat swasta iaitu mengekalkan identiti syarikat penerbangan nasional dan tidak memberhentikan pekerja MAB. Sumber berita melaporkan Najah Air Sdn. Bhd., dipelopori oleh pengasas bersama dan bekas pengerusi AirAsia Group Bhd, Datuk Pahamin Ab Rajab, sedang mencari dana berjumlah RM 1 billion daripada Jepun untuk membida dan mengambil alih MAB, sejurus pertemuan mereka dengan Perdana Menteri pada 3 Julai. Turut dilaporkan bahawa Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim dari syarikat Westar Group turut berminat untuk bekerjasama dengan Najah Air untuk mengambil alih syarikat MAB.

Dewan Pemuda IKATAN Malaysia berpendapat penstrukturan semula dan pelan pemulihan MAB hanya dapat dilaksanakan jika pihak tersebut tidak tunduk kepada tekanan politik atau campur tangan politik yang menjejaskan inisiatif sebenar bagi memulihkan MAB. Kepimpinan baru harus berani untuk mengeluarkan MAB daripada campur tangan politik. Kerajaan juga harus memberikan kebebasan kepada syarikat yang bekerjasama untuk betul-betul memulihkan syarikat penerbangan kebangsaan tanpa wujud budaya kronisma dan nepotisma. Rakyat mahu melihat kejayaan syarikat penerbangan negara pulih kembali.

Sebagai penutup tinta kali ini, Dewan Pemuda IKATAN Malaysia berpendapat kerajaan juga perlu prihatin dengan kebajikan pekerja-pekerja MAB yang sekian lama bertukus-lumus mencurahkan bakti berkhidmat dengan Malaysian Airlines. Lindungi mereka walaupun terdapat kerjasama dengan syarikat swasta. Janji haruslah dipegang, iaitu kekalkan identiti syarikat penerbangan kebangsaan dan kekalkan pekerja Malaysian Airlines. Bertabahlah rakyat sekalian. Salurkan kegusaran anda kepada kami kerana kami mendengar denyut nadi kalian.

Demi Bangsa Malaysia!

Shahir Adnan
Ketua Pemuda Parti IKATAN Bangsa Malaysia,
Timbalan Ketua Pemuda Gagasan Sejahtera

Tags: MABMalaysia AirlinesMASParti IKATAN Bangsa Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

02/09/2024
0

PUTRAJAYA - Sebuah lagi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) ke Seoul, Korea Selatan dipercayai mengalami masalah teknikal sehingga terpaksa berpatah balik...

Malaysia Airlines Kini Penerbangan Rasmi Manchester United

Malaysia Airlines Kini Penerbangan Rasmi Manchester United

22/03/2024
0

KUALA LUMPUR : Malaysia Airlines menjalin perkongsian strategik global dengan kelab bola sepak Inggeris, Manchester United (MU) apabila dinamakan sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd