• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Beberapa Individu, Dalang Video Seks Dikenal Pasti

oleh
14/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dalang di sebalik pembikinan dan penyebaran video seks yang dikaitkan dengan seorang menteri telah dikenal pasti, kata Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador.

Tanpa mendedahkan butiran lanjut berkenaan dalang itu, beliau berkata pihaknya telah mempunyai ‘bayangan’ dalang yang terlibat kes itu, dan telah membuat beberapa tangkapan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Abdul Hamid tidak menolak kemungkinan bahawa ahli politik dan badan bukan kerajaan (NGO) terlibat dalam kes itu.

“Siasatan kes ini tertumpu kepada dua siasatan, iaitu kami menyiasat mereka yang terlibat dalam pembikinan video itu, dan mereka yang menyebarkan video berkenaan.

“Dalam kes ini, kami kesan terdapat wujud konspirasi dan pakatan pihak tertentu dalam pembikinan dan penyebaran video seks yang dikaitkan seorang menteri, untuk menjatuhkan seseorang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Malam Semarak Kasih Perumahan Blok Melati Polis Diraja Malaysia di Setiawangsa, di sini malam ini.

Abdul Hamid berkata sebaik siasatan untuk mengaitkan dalang berkenaan selesai, pihaknya akan melakukan tindakan menahan semua yang terlibat.

Beliau berkata ketika ini pihaknya telah mengambil keterangan daripada saksi berkaitan, serta melakukan tangkapan ke atas mereka yang disyaki menyebarkan video berkenaan.

“Mereka yang terlibat dalam menyebarkan (menularkan) video seks sejenis berkenaan juga akan diambil tindakan. Kita sedang mencari siapa yang salah guna laman sosial untuk sebarkan video itu menerusi telefon-telefon bimbit yang dikesan,” katanya.

Baru-baru ini, media melaporkan terdapat klip video seks membabitkan dua lelaki, tular dalam media sosial dan pada 12 Jun, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz mengaku dirinya seorang daripada lelaki dalam video itu.

Sementara itu, Abdul Hamid berkata kertas siasatan kes berkenaan perlu dikemas kini dan ditambah baik, dengan pasukan Unit Jenayah Terkelas Bukit Aman yang menyiasat kes berkenaan terpaksa berulang alik ke Sandakan, Sabah dan ia makan masa yang lama.

Katanya terdapat beberapa tindakan yang perlu diambil dan diteliti terlebih dahulu, sebelum kertas siasatan melibatkan individu yang terlibat dalam video seks itu diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.

“Tindakan yang perlu diambil itu pun atas arahan daripada pihak pendakwa raya, sebab kita telah pun menghantar fail itu dua kali dan berbincang dengan Jabatan Peguam Negara, dengan yang terakhir pada Khamis lepas.

“Pihak Jabatan Peguam Negara memberikan arahan-arahan tertentu untuk mendapatkan keterangan kes, maka kami dapatkan kenyataan daripada individu terlibat, terpaksa ke Sandakan,” katanya.

Mengenai ketulenan video itu, Abdul Hamid berkata video itu telah dihantar ke makmal untuk pengecaman dan ia memakan masa untuk mendapat keputusan.

Tags: Abdul Hamid BadorSeks Luar Tabiivideo semburit
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penuntut IPT Didakwa Lakukan Seks Luar Tabii, Amang Seksual Pelajar Tingkatan 5

Penuntut IPT Didakwa Lakukan Seks Luar Tabii, Amang Seksual Pelajar Tingkatan 5

09/12/2025
0

PASIR MAS: Seorang penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) didakwa di Mahkamah Sesyan di sini, hari ini atas dua pertuduhan melakukan...

Sultan Brunei Berkenaan Sertai Solat Jenazah Abdul Taib

Bekas Mudir Tidak Mengaku Lakukan Seks Luar Tabii

22/02/2024
0

BUTTERWORTH - Bekas mudir sebuah sekolah agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan melakukan seks luar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd