• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPR Terima Makluman Petisyen Pengampunan Diraja

oleh Ahmad Albab
26/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan telah menerima pemakluman rasmi daripada Setiausaha Dewan Rakyat mengenai petisyen pengampunan diraja untuk Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, petisyen pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong itu difailkan oleh Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan dua anaknya Nurul Izzah serta Nurul Nuha.

“Berdasarkan pemakluman tersebut, satu petisyen pengampunan telah difailkan selaras dengan perenggan (c) Fasal (4) Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan.

“Memandangkan petisyen pengampunan tersebut telah difailkan, kehilangan kelayakan Yang Berhormat Permatang Pauh hanya akan mula berkuat kuasa sebaik sahaja petisyen pengampunan tersebut diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, kata Abdul Ghani, status kekosongan kerusi bagi Parlimen Permatang Pauh akan dimaklumkan secara rasmi oleh Yang dipertua Dewan Rakyat kepada SPR selaras dengan Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan itu, katanya, SPR hanya akan mengadakan Mesyuarat Khas untuk membincangkan semua perkara berkaitan pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh setelah mendapat pemakluman rasmi tersebut daripada Yang di-Pertua Dewan Rakyat. – mytnewshub.cc

Tags: Anwar IbrahimSPR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Onn Hafiz Seru Semua Pihak Berkempen Secara Matang, Berhemah, Tertib

Onn Hafiz Seru Semua Pihak Berkempen Secara Matang, Berhemah, Tertib

12/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyeru semua pihak terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor...

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos, Tempoh Berkempen 14 Hari

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos, Tempoh Berkempen 14 Hari

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan 11 Julai 2026 sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd