• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Potensi Pelaburan Nadir Bumi Malaysia RM100 Bilion

oleh
10/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia berpotensi menarik pelaburan sehingga RM100 bilion dalam industri hiliran nadir bumi bagi tempoh 10 tahun akan datang.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, berkata ini berdasarkan beberapa pelabur yang menyuarakan minat untuk melabur di negara ini menerusi industri berkenaan.

“Mereka menunjukkan minat untuk melabur dalam sektor hiliran dengan menggunakan produk dari industri nadir bumi di negara ini.

“Bagaimanapun, saya tidak boleh menamakan siapa mereka,” katanya pada sidang media selepas perbincangan meja bulat Forum Perniagaan Global Malaysia – ‘Masa Depan Industri Nadir Bumi di Malaysia’, di sini, hari ini.

Mohd Redzuan berkata, Malaysia pada masa sama perlu menyatakan pendirian dan jaminan bagi memastikan pelabur memahami dengan jelas mengenai amalan terbaik serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan di negara ini.

“Mereka berminat untuk melabur dan sudah tentu mereka mahukan penjelasan mengenai pengawal seliaan dalam industri ini kerana mereka bakal meletakkan sejumlah pelaburan besar di negara ini,” katanya.

Bagaimanapun katanya, kerajaan masih berpendirian untuk menggalakkan lebih banyak peluang pelaburan ke negara ini tetapi pada masa sama tidak akan berkompromi mengenai sebarang risiko yang boleh mengancam keselamatan dan persekitaran negara.

“Kita perlu mematuhi SOP dan undang-undang yang sudah dilaksanakan di Malaysia. Oleh itu, jika ada pelabur yang melanggar peraturan yang sudah dipersetujui, kita ada hak untuk ‘mengusir’ mereka.

“Jadi saya rasa kita tidak perlu lagi berbahas mengenai pendirian kerajaan berhubung perkara berkenaan dan bagi saya ia sudah jelas kita mahu menarik pelaburan menggunakan nadir bumi sebagai salah satu sektor yang boleh diterokai serta membantu merancakkan ekonomi di Malaysia,” katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya beliau berkata, Malaysia perlu mencontohi negara terkehadapan seperti China yang mengeksport nadir bumi dalam produk yang sudah siap.

“Di peringkat global, Malaysia adalah pengeluar kedua terbesar bagi bahan nadir bumi selepas China dan kita tidak seharusnya menjadi pengeksport bahan mentah tetapi perlu memberikan lebih nilai terhadap produk bagi mendatangkan pendapatan lebih baik seterusnya memacu pertumbuhan kepada ekonomi.

“Jika kita terus memperkukuhkan industri nadir bumi akan ada lebih banyak potensi pelaburan di negara ini,” katanya.

Selain itu, beliau turut menggalakkan penyertaan lebih ramai usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam industri itu.

“PKS perlu mendalami industri, mendapatkan individu terlatih bagi belajar mengenai pemprosesan bahan dengan baik supaya dapat memberi tambah nilai kepada produk yang dihasilkan.

“Ia juga pada masa sama mewujudkan potensi eksport ke negara yang memerlukan produk daripada nadir bumi,” katanya. – BH Online

Tags: Chinalynas corporationnadir bumipelaburanRedzuan Yusof
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

Kerajaan Luluskan Lesen Baharu Operasi Lynas Sehingga 2036 

Kerajaan Luluskan Lesen Baharu Operasi Lynas Sehingga 2036 

02/03/2026
0

Oleh Mynewshub PUTRAJAYA – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengumumkan pembaharuan lesen operasi Lynas Malaysia Sdn. Bhd. untuk tempoh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd