• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Teksi Dipenjara & Denda RM8,000 Mencederakan Warga Emas

oleh Ahmad Albab
26/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Gara-gara mencederakan seorang warga emas menggunakan kabel besi, seorang pemandu teksi dihukum penjara sehari dan denda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Mohd Rehan Mohd Aris menjatuhkan hukuman itu ke atas G. Giva, 43, setelah dia mengaku bersalah mencederakan Lai Moon, 77, dan jika gagal membayar denda tersebut dia diperintah menjalani hukuman penjara 10 bulan.

Giva, didakwa melakukan kesalahan menggunakan kabel besi pengunci tayar motosikal di Jalan Tun Tan Cheng Lock, Dang Wangi, di sini, pada pukul 3.30 petang, 3 Feb lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu.

Mengikut fakta kes, mangsa melintas jalan di persimpangan lampu isyarat yang ketika itu menunjukkan isyarat lampu merah namun tertuduh yang memandu sebuah teksi tidak berhenti tetapi meneruskan pemanduannya.

Mangsa kemudian telah menunjukkan isyarat lampu merah kepada tertuduh menyebabkan tertuduh marah lalu memberhentikan kenderaannya dan memukul mangsa menggunakan tangan sebelum bertindak mengambil batang besi dan memukul pengadu di bahagian kepala, muka, tangan kanan dan jari kanan.

Terdahulu, Giva dalam rayuannya memohon hukuman ringan dengan alasan sudah insaf dan mempunyai penyakit kencing manis.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Inspektor Zuraimi Kamarozzaman meminta hukuman setimpal sebagai pengajaran kerana tertuduh telah mencederakan seorang warga emas. – BERNAMA

Tags: dendapemandu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd