• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nur Sajat Bakal Disaman Kes Bengkung

oleh
09/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamarul Zaman atau Nur Sajat terus dilanda kontroversi.

Kali ini beliau bakal berdepan dengan tindakan undang-undang atas dakwaan memfitnah bekas stokis perniagaan bengkung miliknya.

Usahawan itu didakwa memfitnah Suzzyana Sulaiman sehingga menjatuhkan reputasi wanita tersebut.

Menerusi satu kenyataan oleh NHA Advocates & Solicitors yang mewakili Suzzyana, Muhammad Sajjad turut menidakkan haknya sebagai stokis sah untuk perniagaan itu.

Malah katanya, syarikat guaman itu, fitnah dan laporan itu turut menyebabkan Suzzyana mengalami kerugian apabila pejabatnya diserbu oleh pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hak Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sehingga produk jualan wanita itu dirampas.

Menurut Suzzyana, dia difitnah kononnya menjual bengkung palsu sedangkan ia merupakan produk asli yang dibeli secara sah sebagai stokis.

Menurut wanita itu lagi, dia juga dituduh menjual bengkung palsu sedangkan ia merupakan produk asli yang dibeli secara sah sebagai stokis hingga menyebabkan reputasinya tercalar dan mengalami kerugian perniagaan.

Wakil peguam NHA Advocates & Solicitors, Nurul Hadzah Hassan berkata, anak guamnya mahu menuntut ganti rugi akibat reputasi tercalar, gangguan emosi serta kerugian perniagaan atas tnah yang ditabur ke atasnya.

“Kami juga ingin mengesahkan bahawa beberapa anak guam yang lain telah tampil dengan tuntutan yang sama terhadap Nur Sajat Aesthetic Sdn Bhd.

“Dengan itu kami sudah bersedia untuk memulakan beberapa tindakan undang-undang terhadap usawahan berusia 34 tahun itu dalam masa terdekat,” ujar Nurul Hadzah lagi dalam kenyataan

Pada 17 Jun lalu,  seorang individu turut menuntut permohonan maaf terbuka daripada Sajat atas dakwaan menganiayai dirinya.

Yusmiliati Mohamed Yusof mendakwa, imejnya tercalar selepas dituduh menipu duit yang diberikan usahawan kosmetik itu bagi tujuan membantunya menukar maklumat jantina dalam MyKad. – K! ONLINE

Tags: BENGKUNGMuhammad SajjadNur Sajatsaman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 24 Jun ini untuk mendengar saman pemula difailkan UMNO bagi mendapatkan pengisytiharan supaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd