• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Pelawaan Mahathir Logik” – Mat Sabu

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu mempertahankan pelawaan yang dibuat Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya semua parti politik Melayu menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bagi menguatkan kuasa politik kaum majoriti itu.

Dengan menyifatkan ia satu pelawaan yang logik, Mohamad akui pelawaan itu akan mengukuhkan lagi Kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Memanglah, parti politik mahu parti dia kuat, biasalah. Hak parti yang lain lah. Bagaimanapun, orang Melayu mesti ada kekuatan terutama dalam Pakatan Harapan supaya Kerajaan yang dibentuk seimbang dan dilihat lebih kuat pada masa akan datang. Pelawaan Tun Mahathir adalah pelawaan yang logik,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Dr. Mahathir yang mempelawa semua parti politik Melayu tempatan untuk menyertai BERSATU bagi menguatkan kuasa politik kaum itu.

Ketika ditanya apakah perkara yang dibangkitkan oleh Dr. Mahathir itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan petang ini, Mohamad menjelaskan terserah kepada anggota mesyuarat untuk membincangkannya atau tidak.

“Petang ini kita akan bermesyuarat, saya tidak tahu perkara ini akan dibincangkan atau tidak tetapi ahli bebas untuk menyuarakan pandangan,” katanya lagi.

Pakatan Harapan dijadualkan mengadakan Majlis Mesyuarat Presiden bulanan di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya petang ini.

Menurut Dr. Mahathir, perkara itu penting kerana ketika ini parti politik masyarakat Melayu terbahagi kepada enam parti Melayu termasuk UMNO dan sekiranya lebih banyak lagi ditubuhkan orang Melayu akan terus berpecah belah.

Jesteru demi memastikan orang Melayu menjadi kuat dan tidak berpecah belah, beliau mengajak semua parti politik Melayu bergabung di bawah satu parti. – Astro AWANI

Tags: AmanahBERSATUMahathir MohamadMelayuMohamad Sabu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bersatu Beri Peringatan Kepada PN Jangan Remehkan Peranan ROS

Bersatu Beri Peringatan Kepada PN Jangan Remehkan Peranan ROS

25/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menggesa kepimpinan tertinggi dan pengurusan Perikatan Nasional (PN) supaya tidak meremehkan peranan...

BERSATU Jadi Mangsa Kerakusan, Ketamakan PAS Dan WAWASAN – KP J-KOM

BERSATU Jadi Mangsa Kerakusan, Ketamakan PAS Dan WAWASAN – KP J-KOM

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali meminta PAS tidak 'play victim' (berpura-pura menjadi mangsa)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd