• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khairy Tidak Berminat Pelawaan Syed Saddiq

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberi gambaran bahawa beliau tidak berminat dengan pelawaan Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk menyertai Bersatu.

Katanya, beliau lebih selesa berada di posisi pembangkang ketika ini.

“Saya gembira di mana saya berada di mana sekarang,” katanya ringkas ketika ditemui media di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, Syed Saddiq mempelawa secara terbuka agar Khairy menyertai Bersatu.

Pelawaan oleh Syed Saddiq yang juga Menteri Belia dan Sukan itu dibuat menerusi ciapan di Twitter miliknya.

Berkongsi laporan sebuah portal yang memetik respons Khairy berkaitan pelawaan Tun Dr. Mahathir Mohamad itu, Syed Saddiq berkata, Ahli Parlimen Rembau itu patut mengikut jejak langkah Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Mustapa Mohamed atau Tok Pa.

Khairy yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan sebelum ini berkata, pelawaan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Bersatu yang mahu semua parti politik Melayu bersatu perlu dilihat dari sudut positif dan bukannya melalui perspektif sempit.

Jumaat lalu, Dr. Mahathir mempelawa semua parti politik Melayu termasuk UMNO menyertai Bersatu bagi menguatkan kuasa politik orang Melayu.

Dr. Mahathir berkata, penyatuan itu penting kerana Melayu kini sudah terbahagi dan berpecah kepada enam parti. – Sinar Harian

Tags: BERSATUKhairy JamaluddinSyed SaddiqUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bersatu Beri Peringatan Kepada PN Jangan Remehkan Peranan ROS

Bersatu Beri Peringatan Kepada PN Jangan Remehkan Peranan ROS

25/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menggesa kepimpinan tertinggi dan pengurusan Perikatan Nasional (PN) supaya tidak meremehkan peranan...

BERSATU Jadi Mangsa Kerakusan, Ketamakan PAS Dan WAWASAN – KP J-KOM

BERSATU Jadi Mangsa Kerakusan, Ketamakan PAS Dan WAWASAN – KP J-KOM

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali meminta PAS tidak 'play victim' (berpura-pura menjadi mangsa)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd