• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Eksport Meningkat Namun Malaysia Kekal Dalam Risiko Menurun

oleh
05/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Walaupun momentum pertumbuhan eksport yang dicatatkan oleh Malaysia pada Mei, risiko penurunan masih kekal, menurut Affin Hwang Capital.

Dalam nota penyelidikannya hari ini, ia berkata eksport Malaysia sebahagian besarnya dipengaruhi oleh faktor luaran, ekoran ketidaktentuan dalam perdagangan dua hala antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

“Kami mengekalkan unjuran ke atas eksport kasar dan import, masing-masing pada dua peratus dan 3.4 peratus pada 2019, dengan lebihan dagangan sebanyak RM110.0 bilion, merosot sedikit daripada RM120.3 bilion yang direkodkan pada 2018. Risiko penurunan kekal, jika rundingan perdagangan gagal lagi,” katanya.

Walaupun AS dan China mengumumkan perdamaian an bersetuju untuk meneruskan rundingan, Affin Hwang Capital berkata tarif yang telah ditetapkan sebelum ini, telah melemahkan pertumbuhan eksport serantau akibat beberapa gangguan rantaian bekalan global.

Indeks Pengeluaran Malaysia merosot kepada 47.8 pada Jun daripada 48.8 pada Mei dan menurut laporan Markit, sektor perkilangan terus berhadapan cabaran ekoran permintaan yang lemah dengan tempahan yang lebih kecil daripada pelanggan antarabangsa, sekali gus menjejaskan jumlah pengeluaran.

Penjualan semikonduktor global merosot 14.6 peratus pada Mei (-13.7 peratus pada April), yang turut memberi kesan kepada eksport produk semikonduktor Malaysia, katanya.

Pertumbuhan eksport Malaysia pada Mei meningkat 2.5 peratus tahun ke tahun, kadar yang lebih cepat daripada yang dijangkakan, ekoran peningkatan penghantaran barangan bukan elektrik dan elektronik (E&E) dan komoditi.

Firma penyelidikan lain juga menyuarakan sentimen yang serupa mengenai momentum pertumbuhan eksport Malaysia pada masa hadapan.

Ahli ekonomi RHB Bank Bhd., Vincent Loo Yeong Hong berkata, secara menyeluruh, momentum eksport menunjukkan sedikit peningkatan pada April hingga Mei selepas suku pertama 2019 yang lemah, berikutan pemulihan dalam eksport bukan E&E, dengan penghantaran jentera dan peralatan, bahan kimia, barangan kayu dan logam, meningkat.

Begitu juga, beliau berkata, eksport komoditi menurun pada kadar lebih rendah sebanyak 1.3 peratus tahun ini, selepas jatuh 9.5 peratus pada April, ketika berlaku lonjakan ketara dalam penghantaran minyak sawit dan penurunan eksport minyak mentah yang lebih perlahan, namun sebaliknya, penghantaran gas asli cecair (LNG) menyusut.

“Walaupun wujud kebimbangan terhadap ketegangan perdagangan dan kemelesetan dalam kitaran semikonduktor, ia masih belum memberi kesan sepenuhnya kepada sektor E&E setakat ini. Peningkatan tarif perdagangan oleh AS terhadap import China pada Mei perlu diberikan perhatian lanjut pada bulan-bulan mendatang,” katanya.

Dalam nota penyelidikannya, Public Investment Bank berkata Malaysia adalah antara beberapa negara di rantau ini, bersama Vietnam dan China, yang berjaya mengekalkan momentum eksport.

Ia berkata minyak sawit dan minyak berasaskan sawit dan getah asli menyaksikan kemunculan kukuh pada Mei, dengan geath berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan yang positif sejak April.

Minyak sawit mentah pulih pada Mei, pertumbuhan positif pertama dalam tempoh lebih setahun, katanya.

AmBank Group Research pula berkata trajektori perdagangan untuk separuh kedua tahun ini perlu diberikan perhatian.

Pada Mei, eksport meningkat lebih cepat sebanyak 2.5 peratus berbanding 1.1 peratus pada April, manakala import perlahan kepada 1.4 peratus berbanding 4.4 peratus pada April.

Sementara itu, lebihan dagangan merosot kepada RM9.1 bilion pada Mei daripada RM10.9 bilion.

Menurut AmBank Group Research, jumlah dagangan terkini menandakan permintaan luar yang kekal lemah, memandangkan eksport sepanjang tahun meningkat sedikit sebanyak 0.2 peratus manakala import kekal negatif pada -0.6 peratus.

“Pada masa ini, kita kekal berhati-hati terhadap perdagangan luar disebabkan oleh penurunan dalam sektor perkilangan global seperti yang ditunjukkan dalam Indeks Pengurus Pembelian Pembuatan Global (PMI) Jun, yang berkurangan kepada 49.4 mata daripada 49.8 mata pada Mei.

“Selain itu, kaji selidik itu juga menyerlahkan kedudukan operasi yang merosot alam industri barang perantaraan dan pelaburan. Untuk itu, kami percaya prestasi eksport akan bekurangan untuk sepanjang 2019 dan menyasarkan pertumbuhan dua peratus pada 2019,” katanya.

Tags: Affin Hwang CapitalEkonomiEksport Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tidak Perlu Ubah Kerajaan BN Johor Yang Stabil, Ekonomi Meningkat, Tiada Isu 3R – Eric Lim Sian See

Tidak Perlu Ubah Kerajaan BN Johor Yang Stabil, Ekonomi Meningkat, Tiada Isu 3R – Eric Lim Sian See

13/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pempengaruh media sosial yang sering mengulas isu politik, Eric Lim Sian See berpandangan Johor yang mencatatkan prestasi...

PSM Dakwa Pelarian Rohingya Dijadikan ‘Kambing Hitam’ Kepada Pelbagai Masalah Sosial Dan Ekonomi

PSM Dakwa Pelarian Rohingya Dijadikan ‘Kambing Hitam’ Kepada Pelbagai Masalah Sosial Dan Ekonomi

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengecam tindakan pihak yang didakwa memainkan sentimen perkauman dan xenofobial terhadap pelarian Rohingya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd