• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Inkues Adib: Pakar Fizik Dari UiTM Dipilih Jadi Saksi

oleh
05/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Mahkamah Koroner di sini memutuskan untuk memanggil seorang pakar fizik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk membantu prosiding inkues Muhammad Adib Mohd Kassim berhubung pengiraan daya hentaman.

Koroner Rofiah Mohamad berkata pakar berkenaan, Amir Radzi Ab Ghani yang merupakan pensyarah kanan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal di universiti berkenaan, dijadual memberi keterangan sebagai saksi ke-30 pada 16 dan 17 Julai ini.

“Pastikan saksi dimaklumkan dan bersetuju untuk membantu mahkamah dari segi persoalan dalam prosiding inkues yang diperlukan pada 16 Julai nanti,” katanya dalam prosiding inkues yang masuk hari ke-40 hari ini.

Keperluan untuk memanggil pakar fizik bagi memberi keterangan dalam prosiding berkenaan wujud selepas terdapat perbezaan daripada dua pakar yang memberi keterangan dalam prosiding inkues iaitu formula dikemukan Pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr. Ahmad Hafizam Hasmi (saksi ke-24) dan Perunding Kanan Patalogi Forensik United Kingdom, Prof. Dr. Shahrom Abd. Wahid ( saksi ke-29) berhubung pengiraan daya hentaman.

Sementara itu, keputusan atas cadangan Pegawai Pengendali inkues, Faten Hadni Khairuddin supaya seorang lagi pakar patologi dipanggil dalam prosiding inkues berkenaan, Rofiah berkata keputusan itu akan diputuskan selepas mahkamah mendengar keterangan Amir Radzi.

“Berhubung untuk memanggil pakar patologi lain seperti dicadangkan pegawai pengendali, ia masih dipertimbang dan perlu selesaikan dahulu keterangan daripada pakar fizik nanti,” katanya.

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan EMRS Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Dis lepas di Institut Jantung Negara.

Tags: Inkues AdibKuil Sri Maha MariammanMuhammad Adib
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pakar Patologi Kanan Bantu Siasatan Kes Kematian Adib

12/10/2021
0

PUTRAJAYA - Jawatankuasa Khas yang menyiasat kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, akan melantik seorang pakar patologi...

Kabinet Setuju Tubuh Jawatankuasa Khas Siasat Kes Kematian Adib

11/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Kabinet pada Jumaat memutuskan akan memfokuskan kepada siasatan tiga kes berkepentingan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd