• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Ainul Sudah Pandai Gosok Mata, Geleng Kepala”

oleh
04/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Bayi bertuah, Ainul Mardhiah Ahmad Saifuddin semakin cergas dan sudah pandai menunjukkan reaksi apabila tidak mahu tidur.

Dalam rakaman video berdurasi 49 saat yang dikongsi bapanya, Ahmad Saifuddin Ahmad Razak, 24 di laman Facebooknya kira-kira 12 jam lepas memperlihatkan bayinya itu sedang menggosok mata kerana berasa mengantuk dan jika lampu biliknya ditutup sementara Ainul masih belum mahu tidur dia akan menggelengkan kepalanya.

“Assalamualaikum. Apa khabar semua?

“Alhamdulillah, hari demi hari kesihatan Ainul bertambah baik dan dia pun semakin cergas.

“Sekarang ni Ainul dah pandai gosok mata kalau dia mengantuk. Kalau tutup lampu bilik bila dia belum nak tidur, Ainul akan geleng-gelengkan kepalanya maksudnya dia tak mahu tidur lagi.

“Semoga membesar dengan baik, Mama dan Walid akan sentiasa menjaga amanah ALLAH ini sehingga nafas kami yang terakhir!” tulis Ahmad Saifuddin di ruangan kapsyen.

Perkongsian berkenaan telah menarik minat warganet untuk meninggalkan komen di ruangan Facebook Ahmad Saifuddin. Rata-rata mereka berasa senang hati melihat tahap pekembangan kesihatan Ainul Mardhiah yang semakin positif.

“Potong kuku dia tau. Nanti dia cakar muka dia. Heheh. Cepat sembuh sepenuhnya Ainul sayang,” tulis Ohzila Lova.

“Alhamdulillah dengan perkembangan Ainul semoga diberi kesihatan lebih baik dan membesar dengan sihat, Aaminn…,” tulis Zety Zakaria.

“Alhamdulillah semakin sihat Ainul..semoga Ainul diberikan kesihatan yang baik dan cepat sembuh.. Aamiin.. Aunty sayang Ainul,” tulis Lieza Normie. – Sinar Harian

Tags: Ainul Mardhiahbayipembedahan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

15/05/2026
0

Kuala Lumpur: Insiden pertukaran bayi secara tidak sengaja di sebuah wad di Hospital Tunku Azizah (HTA) di sini telah diselesaikan...

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd