• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jalan Semangat Jadi Jalan Professor Khoo Kay Kim

oleh
04/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Jalan Semangat di Petaling Jaya akan dinamakan semula kepada Jalan Professor Khoo Kay Kim berkuat kuasa serta-merta hari ini sebagai mengenang segala jasa dan bakti mendiang kepada negara.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, penamaan itu selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selaras pengorbanan yang dilakukan oleh sejarawan negara dan ahli akademi itu.

“Pemergian mendiang telah meningalkan legasinya sebagai seorang nasionalis dan patriot khususnya penglibatan mendiang di dalam merangka Rukun Negara.

“Ini sebagai suatu usaha mengembalikan keharmonian negara pasca peristiwa 13 Mei 1969,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Amirudin, sumbangan besar mendiang sebagai sarjana negara  adalah di dalam pembentukan historiografi Malaysia pada abad ke-19.

Ujarnya, ini termasuk karya-karya utama mendiang seperti The Western Malay States 1850-1873: The Effects of Commercial Development on Malay Politics telah menjadi kanun di dalam penulisan sejarah Malaysia.

“Di samping tugasnya sebagai sarjana di Universiti Malaya, mendiang juga adalah seorang intelektual awam yang terlibat aktif memberikan pandangan tentang politik dan isu-isu berkaitan pembinaan negara bangsa dan juga bidang yang sangat diminatinya iaitu sukan bola sepak,” katanya.

Kay Kim, 82, meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini pada 28 Mei lalu.

Dalam pada itu, Amirudin turut menjelaskan kerajaan negeri juga menetapkan semua papan tanda jalan negeri Selangor akan menggunakan Bahasa Melayu sahaja selaras dengan perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967.

“Perihal ini turut mendapat perhatian Sultan Sharafuddin yang telah memberi titah dan nasihat agar kerajaan negeri Selangor memartabatkan Bahasa Melayu dengan menetapkan hanya Bahasa Melayu digunakan dalam papan tanda rasmi kerajaan negeri termasuk pihak berkuasa tempatan.

“Pendirian kerajaan adalah selaras dengan komitmen Pakatan Harapan yang komited mempertahankan beberapa teras utama perlembagaan seperti kedudukan Raja-Raja Melayu, Hak Istimewa Orang Melayu, Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,” katanya.

Tags: jalan semangatkhoo kay kimselangor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Parti Bersama Bantah Garis Panduan Perancangan Rumah Ibadah Bukan Islam

Parti Bersama Bantah Garis Panduan Perancangan Rumah Ibadah Bukan Islam

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Bersama Malaysia (Bersama) membantah Garis Panduan Perancangan Rumah Ibadah Bukan Islam (RIBI) 2025 di Selangor yang...

Garis Panduan Rumah Ibadat Bukan Islam Tidak Terpakai Di Kawasan Komersial Sedia Ada

Garis Panduan Rumah Ibadat Bukan Islam Tidak Terpakai Di Kawasan Komersial Sedia Ada

30/05/2026
0

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor memberi jaminan bahawa garis panduan larangan bagi rumah ibadat selain Islam di kawasan komersial di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd