PELAKON kontroversi, Hanez Suraya mengesahkan dirinya bakal menamatkan zaman bujangnya pada 14 Mac ini di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Majlis akad nikah Hanez dan bakal suaminya, Romie Razin Adilha akan berlangsung apda sebelah pagi, manakala di sebelah malam diadakan majlis berinai di kediaman keluarga aktres itu di Seremban, Negeri Sembilan.
Majlis menyambut menantu pula akan diadakan seminggu kemudian iaitu pada 21 Mac di kediaman keluarga Romie di Andalas, Klang.
Selepas itu satu majlis resepsi pula akan diadakan bertempat di Pusat Konvensyen Sime Darby pada keesokan harinya.
“Asalnya memang keluarga masing-masing memberikan tempoh enam bulan selepas bertunang untuk ke fasa perkahwinan. Tapi tempoh itu umpama syarat ketika rundingan keluarga diadakan.
“Hakikatnya keluarga kami mahu kami mempercepatkan ia ke bulan Mac.
“Cuma ketika itu masih belum ada tarikh tetap. Konsep majlis kahwin saya nanti serba sederhana dan paling penting jemputan yang datang pulang dengan gembira selain menjamu selera dengan makanan sedap,” ujarnya dipetik menerusi BH Online.
Pada majlis raja seharinya itu nanti, wajah cantik Hanez akan diserikan dengan hasil sentuhan jurumekap artis terkenal, Chomel dan Syed Dewa serta rekaan baju kahwin daripada pereka popular Wanpa dan KuntumbyNajeeb.

Pasangan ini mengadakan majlis pertunangan pada 3 Januari lalu di Seremban yang turut dihadiri sebilangan pihak media yang dijemput oleh ahli keluarga Romie ke majlis tersebut.
Tak sabar rasanya nak tengok kemeriahan majlis perkahwinan Hanez dan Romie selepas pelbagai duri dan ranjau melanda perhubungan mereka sebelum ini.
Apa-apa pun kami di Mynewshub mengucapkan selamat pengantin baharu in advance buat Hanez dan Romie, semoga mahligai yang bakal dibina berkekalan hingga ke Jannah. InsyaAllah. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=kdkJ5PH1oZg

