• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Lari Ikut Kekasih Antara Punca Kes Remaja Hilang”

oleh
03/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lari mengikut kekasih antara lima punca utama kes kanak-kanak dan remaja hilang di negara ini.

Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PH-Pandan) berkata, selain itu antara punca utama adalah berpunca daripada mencari kebebasan diri daripada belenggu keluarga,mengikut ajakan rakan, pertelingkahan keluarga dan tidak minat belajar dan mahu bekerja.

“Kes kebanyakan lari mengikut kekasih menunjukkan wanita tiga kali ganda daripada lelaki,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Kasthuriraani Patto ( PH-Batu Kawan) yang bertanyakan mengenai usaha kerajaan dalam menangani kes kanak-kanak dan remaja hilang di negara ini.

Mengulas lanjut beliau yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri berkata, dari segi jumlah kehilangan kanak-kanak dan remaja yang dilaporkan hilang mengikut statistik Polis di Raja Malaysia (PDRM), bagi tahun 2011 sehingga Mei 2019 adalah berjumlah 15,042 orang.

“Dengan pecahan mengikut negeri yang tertinggi ialah Johor sebanyak 2,372 kes (16 peratus), Selangor 1,911 kes (13 peratus), Kedah 1,526 kes (10 peratus) dan Sabah 1,488 kes yang lain-lain saya bagi secara bertulis dan Perlis paling kecil 298 kes,” Katanya.

Tambahnya, terdapat penurunan kes kehilangan kanak-kanak dan remaja dari tahun 2011- Mei 2019.

“Untuk makluman sebanyak 15,042 kehilangan ini sebanyak 14,679 orang telah dijumpai semula, manakala 363 yang hilang masih belum ditemui malangnya 26 ditemui mati,” katanya.

Tags: lari rumahParlimenremaja hilang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PN Mohon Sidang Khas RCI Tabung Haji Ditangguh, Mahu PMX Bentang Sendiri Laporan

PN Mohon Sidang Khas RCI Tabung Haji Ditangguh, Mahu PMX Bentang Sendiri Laporan

10/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) mencadangkan agar Sidang Khas Parlimen yang dijadualkan esok bagi membentangkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja...

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

09/08/2026
0

PETALING JAYA - Ketua Pemuda MCA Petaling Jaya, Andy Teoh Tuck Wah turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang didakwa menyalurkan peruntukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd