• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembangkang Tolak Usul Wajib Isytihar Harta Kerana Cara Salah

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pembangkang hari ini menolak usul mewajibkan semua ahli Parlimen dan keluarga mereka mengisytiharkan pendapatan dan aset kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kerana ia menyimpang daripada biasa dan tidak akan berkesan.

Sambil merujuk kepada kenyataan Speaker Dewan Rakyat, Mohamed Ariff Yusof, Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) berkata sekiranya usul itu diluluskan pun, Dewan Rakyat tiada kuasa untuk menghukum mana-mana wakil rakyat.

“Kita agak malu jika kerajaan meneruskan perkara ini,” katanya.

Wan Junaidi Tuanku Jaafar (PBB-Santubong) berkata pembentangan usul itu tidak mengikut garis panduan dan kaedah yang betul.

Beliau menjelaskan sepatutnya usul itu diberikan kepada peguam negara untuk dirangka, kemudian diberikan kepada kepada wakil rakyat untuk diteliti, dan kemudian baru ia dibentangkan.

“Saya nak tanya di mana landangan undang-undang dan kuasa kita nak buat usul ini? Sebagai contoh, jika seseorang itu ahli perniagaan, hari ini isytihar dan esok ada pendapatan lebih, nak isytihar balik?”

Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berkata gabungannya tidak menolak hasrat kerajaan, tetapi tertanya kenapa ia tidak membentangkan usul meminda rang undang-undang SPRM.

“Bukan soal setuju atau tidak setuju, soalnya tidak kena. Kenapa tidak bawa satu pindaan pada RUU SPRM?” katanya.

Sementara itu, Takiyuddin mempersoalkan apakah tindakan yang diambil kerajaan melalui SPRM terhadap “pengisytihar harta yang luar biasa” dalam kalangan 152 ahli Parlimen yang dipamerkan di laman badan anti-rasuah itu.

“Sebagai contoh, Mukhriz Mahathir (PH-Jerlun), pendapatan RM105,000, dia punya jumlah harta, RM25 juta. Apa tindakan telah diambil? Begitu juga Mustapa Mohamed (PH-Jeli), jumlah pendapatan RM57,000 sebulan, aset RM5 juta. Adakah ianya disiasat?” katanya.

Azalina Othman Said (BN-Pengerang) berkata kerajaan nampaknya tergesa-gesa dalam perkara ini hingga menggunakan pendekatan yang salah.

“Kalau nak buat, gigit betul-betul, tidak payah manja-manja,” katanya.

“Niat itu baik tapi cara salah, sebab itu kami tolak.” – FMT

Tags: Ahli ParlimenIsytihar HartapembangkangSPRM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd