• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Imigresen Kelantan Tahan 314 Pati Sejak Awal Januari

oleh Ahmad Albab
26/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Jabatan Imigresen Kelantan menahan 314 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam beberapa operasi yang dijalankan di seluruh Kelantan sejak awal bulan lepas.

Timbalan Penolong Pengarah Jabatan Imigresen Kelantan Hamid Abdul Rahman berkata mereka yang ditahan berumur antara 17 dan 50 tahun termasuk warga Myanmar dan Indonesia.

“Warga asing yang ditahan kebanyakannya melakukan kesalahan seperti tidak mempunyai pas masuk yang sah dan juga tinggal lebih masa.

“Ada juga yang menyalahgunakan pas kerja sementara dengan bekerja di sektor lain, contohnya mereka mendapat pas untuk bekerja dalam sektor pertanian tetapi bekerja di sektor lain,” katanya dalam sidang media di sini Khamis.

Beliau berkata operasi untuk membanteras lambakan warga asing di negeri ini akan dijalankan dari masa ke semasa.

Dalam perkembangan terbaru, beliau berkata pihaknya menahan 19 warga asing dalam operasi bersama Jabatan Pendaftaran Kelantan di Pasir Puteh, Bachok dan di sini, hari ini.

“Dalam operasi yang bermula pukul 9 malam semalam dan berakhir 4 pagi tadi, kita tahan 19 lelaki warga Pakistan berumur 22 dan 55 tahun kerana melakukan pelbagai kesalahan antaranya tinggal lebih masa.

“Pihak kami akan mencari majikan yang membawa masuk warga asing ini ke dalam negara untuk tindakan lanjut,” katanya.

Katanya kesemua PATI yang ditahan akan dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Tanah Merah untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

Tags: ImigresenPati
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

22/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 48 warga asing dalam dua serbuan berasingan di Pulau Indah, Selangor serta kawasan kediaman mewah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd