• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adi Putra Terkejut Jumpa Bakal Menantu PM Di Rumah Kebajikan

oleh AK-47
01/03/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON kacak, Adi Putra meluahkan perasaan terkejutnya selepas berjumpa secara tidak sengaja dengan bakal menantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika sedang melawat sebuah rumah kebajikan di Puchong,  hari ini.

Tersentuh dengan peribadi jejaka kelahiran Kazakhstan itu, Daniyar Kessikbayev, Adi Putra menyifatkannya bakal menantu PM seorang lelaki budiman yang sangat merendah diri dan low profile serta sangat prihatin dengan masyarakat sekelilingnya.

adiputra

adiputra1

adiputra2

Pelakon kelahiran Singapura itu terserempak dengan Daniyar ketika masing-masing terlibat dalam lawatan kebajikan ke Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas yang dimiliki oleh Muji Sulaiman.

Dalam postingnya di laman Instagram, Adi Putra turut mendoakan agar majlis perkahwinan Daniyar dengan anak PM, Nooryana Najwa, 26, yang bakal berlangsung pada bulan hadapan berjalan lancar dan dipermudahkan serta diberkati Allah SWT.

Menerusi komen-komen daripada peminat Adi Putra, dapat dilihat mereka menyenangi dan memuji keperibadiaan bakal menantu PM ini yang disifatkan seorang yang baik hati serta suka membantu rakyat Malaysia.

Antara komentar yang dilontarkan oleh Ella Razak ini menyebut, “hensem bakal menantu PM, untunglah pastu baik hati dan suka bantu orang.  Mesti banyak lagi dia akan bantu rakyat Malaysia ni.  Semoga berbahagia hingga ke anak cucu”.

Untuk makluman, Najwa bakal diijabkabulkan dengan Daniyar, 26, pada 28 Mac ini di Kuala Lumpur Convection Centre di KLCC.

najwa

najwa1

Selain majlis di KLCC, kenduri serta majlis resepsi lain akan diadakan di Sri Perdana, Putrajaya, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan kawasan parlimen PM di Pekan, Pahang.

Untuk majlis di Sri Perdana, ia diadakan untuk tetamu jemputan istimewa manakala di PWTC dikhaskan untuk pemimpin dan ahli UMNO dari seluruh negara.

pm
Datuk Seri Najib Tun Razak, Datin Seri Rosmah Mansor dan Daniyar pernah mengerjakan umrah bersama-sama sebelum ini.

Sementara majlis di Pekan pula adalah sebagai tanda penghargaan kepada pengundi di kawasan terbabit.

Majlis bertandang ke Kazakhstan pula akan berlangsung selepas itu.

Nooryana, anak sulung Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor, berkenalan dengan Daniyar ketika sama-sama menuntut di Amerika Syarikat dan sudah mengikat tali pertunangan pada 2011. – MYNEWSHUB.CC

najwa2
Nooryana Najwa bersama tunang, Daniyar Kessikbayev, ibu dan adik lelaki tunangnya.
Tags: pelakonPerdana Menteriselebriti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Shahrol Shiro Sindir PMX: “Budak Ini Siang Malam Kerja Untuk Johor”

Shahrol Shiro Sindir PMX: “Budak Ini Siang Malam Kerja Untuk Johor”

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - “Budak yang PMX sebut ini, kita orang kat Johor dah kenal sangat dah. Budak itulah yang selalu...

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen PH Pulai, Suhaizan Kaiat menyifatkan ucapan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim Konvensyen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd