• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Airlines Akan Dijual Jika Ada Tawaran Menarik

oleh
22/06/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia bersedia pertimbangkan untuk menjual syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines Bhd (MAB) sekiranya terdapat tawaran baik untuk syarikat itu, kata Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan perlu terlebih dahulu memastikan pembeli berpotensi itu mampu menguruskan syarikat penerbangan itu dengan baik.

“Kami (kerajaan) telah banyak kali tukar pucuk pimpinan mereka (Malaysian Airlines), setiap kali kami berharap mereka akan berbuat sesuatu untuk memulihkan syarikat tetapi mereka gagal… (jadi) kini kami mahu menjualnya, tetapi jika kami menjual (ia) kepada pihak yang akan gagal sekali lagi, ia tidak berbaloi.

“Kami perlu berhati-hati dalam memilih pembeli,” katanya pada sesi bertajuk ‘Masa Depan Malaysia dan ASEAN’ bersama-sama ketua koresponden antarabangsa, Asia Tenggara, Bloomberg Television Haslinda Amin, bersempena Sidang Kemuncak Perniagaan ASEAN di Bangkok, Thailand hari ini.

Dr. Mahathir berkata masih terdapat pelbagai opsyen yang kerajaan boleh pertimbangkan berhubung masa depan syarikat penerbangan itu, termasuk melaksanakan satu lagi langkah penstrukturan semula atau kerajaan menyuntik dana.

“Mungkin menukar ketuanya sekali lagi dan mungkin melakukan penstrukturan semula atau menyuntik sedikit wang kerajaan dan perkara seumpama itu, terdapat banyak opsyen sebenarnya,” katanya.

Semasa ditanya oleh moderator berhubung apakah pilihan terbaik bagi Malaysian Airlines ketika ini, Mahathir berkata: “Jika terdapat tawaran baik, dengan itu kami akan pertimbangkan (menjual syarikat penerbangan itu).”

Tags: MABMahathir MohamadMalaysia Airlines
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Airlines Kini Penerbangan Rasmi Manchester United

Malaysia Airlines Kini Penerbangan Rasmi Manchester United

22/03/2024
0

KUALA LUMPUR : Malaysia Airlines menjalin perkongsian strategik global dengan kelab bola sepak Inggeris, Manchester United (MU) apabila dinamakan sebagai...

9 Tahun Berlalu, Keluarga Masih Menunggu Jawapan Punca Kehilangan MH370

9 Tahun Berlalu, Keluarga Masih Menunggu Jawapan Punca Kehilangan MH370

07/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Sembilan tahun berlalu tanpa sebarang berita yang jelas mengenai kehilangan penerbangan MH370, menyebabkan ahli keluarga mangsa masih menaruh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd