• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peguam Negara Pohon Tangguh Perbicaraan 1MDB

oleh
21/06/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Peguam Negara, Tommy Thomas memohon Mahkamah Tinggi perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang melibatkan Datuk Seri Najib Razak atas dakwaan pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa yang dijadualkan berlangsung pada 19 Ogos hingga Oktober ini ditangguhkan.

Beliau berkata, ini kerana perbicaraan kes SRC International Sdn. Bhd. yang juga membabitkan Najib masih berlangsung dan dalam masa sama pasukan pendakwaraya tidak akan dapat menamatkan kes tersebut pada 15 Ogos ini.

“Apa yang saya boleh beritahu mahkamah adalah lebih 40 orang saksi telah memberi keterangan kepada mahkamah dan akan memanggil 25 orang lagi.

“Perbicaraan berlangsung dengan sangat lambat daripada apa yang dijangka,” katanya selepas pengurusan kes sebentar tadi.

Justeru beliau berkata, tarikh yang sesuai untuk perbicaraan 1MDB dimulakan adalah pada 1 Oktober 2019.

Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah yang mempertimbangkan permohonan Tommy menetapkan 15 Julai sebagai sebutan semula kes SRC International.

“Kamu boleh datang balik beri perkembangan pada tarikh itu jadi masa itu barulah kamu boleh cerita perkembangan dengan lebih jelas,” ujarnya.

Perbicaraan SRC International melibatkan Najib memasuki hari ke-29 semalam dan akan disambung pada 1 Julai depan.

Seramai 42 saksi telah dipanggil termasuk bekas Pengarah SRC International, Datuk Suboh Md Yassin.

Selain itu Najib juga berhadapan dengan 25 pertuduhan pemindahan ratusan juta dolar ke akaun bank miliknya daripada 1MDB.

Tags: 1MDBPeguam NegaraSRC InternationalTommy Thomas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd