• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Parah Ditembak Anggota Polis Trafik

oleh
20/06/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seorang lelaki berusia 21 tahun cedera parah di bahagian lengan kiri, selepas terkena tembakan yang dilepaskan seorang anggota polis trafik dalam kejadian di Jalan Langgar, di semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 pagi semalam, mangsa Mohd Alif Anuar yang membonceng motosikal ditunggang rakannya Zulhilmi Azri, 22, sedang dalam perjalanan dari Kuala Kedah menuju ke tempat kerja mereka, di Alor Mengkudu, di sini.

Ibu mangsa, Hashimah Mahmood, 49, mendakwa anaknya itu telah ditembak oleh anggota polis trafik, yang cuba memberhentikan motosikal dinaiki anaknya, yang sebelum itu melanggar lampu isyarat merah di jalan tersebut.

“Anak saya kini berada di Zon Merah Hospital Sultanah Bahiyah, akibat cedera parah dan doktor memaklumkan bahawa pembedahan untuk mengeluarkan sebutir peluru di bahagian tangan anak saya akan dijalankan malam ini.

“Dia yang berada dalam keadaan sedar ada memberitahu saya bahawa dia telah menyuruh rakannya untuk memberhentikan motosikal, namun rakannya enggan berbuat demikian kerana bimbang ditahan berikutan tidak mempunyai lesen memandu,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Hashimah berkata, dia tidak berpuas hati dengan tindakan polis berkenaan, yang melepaskan tembakan terhadap anaknya dan berharap tindakan sewajarnya akan dikenakan terhadap anggota tersebut.

“Saya dimaklumkan, selepas melepaskan tembakan itu, anggota polis tersebut meninggalkan anak saya dalam keadaan berlumuran darah dan tidak membantu menghubungi ambulans.

“Saya mahu tuntut keadilan, kerana anak saya mungkin akan mengalami cacat seumur hidup,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Mat Kasim Karim mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu, bagaimana pun tiada laporan dibuat oleh anggota terbabit.

“Berkemungkinan tembakan yang dilepaskan adalah untuk tujuan memberhentikan motosikal berkenaan, namun tindakan itu adalah tidak wajar dan bertentangan dengan PTKPN.

“Sekiranya tindakan anggota polis itu bertentangan dengan undang-undang, ia membuka ruang kepada mangsa untuk mengambil tindakan sivil terhadap pasukan polis,” katanya dalam kenyataan lewat malam tadi.

Difahamkan Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob akan mengeluarkan kenyataan mengenai kejadian itu, hari ini.

Tags: cedera parahPDRMpolis trafiktembakan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

Polis Minta Tidak Berhimpun, Siasat Hantaran Tular Operasi Terjahan Rumah Anutan Haram

Polis Minta Tidak Berhimpun, Siasat Hantaran Tular Operasi Terjahan Rumah Anutan Haram

04/03/2026
0

Oleh Mynewshub GEORGE TOWN – Polis membuka kertas siasatan berhubung satu hantaran tular di media sosial yang menyentuh tentang satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd