• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Jika Ahli Tak Bermoral, Saya Letak Jawatan” – Hadi

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membayangkan akan melepaskan jawatan dan membubarkan parti sekiranya ada ahlinya yang terpalit dengan aktiviti tidak bermoral.

Beliau berkata, ini kerana PAS sangat mementingkan akhlak dan moral dalam kalangan ahli partinya.

“Media melaporkan PAS menolak pemimpin parti politik yang mengamalkan aktiviti tidak bermoral. Kita tak nak sebut nama, siapa makan cili api, dia rasa pedas.

“Kalau sayalah, kalau anak buah macam ini, saya letak jawatan, bubar saja parti. Bagi kita moral adalah paling penting dalam jemaah sebab ia menjadi teras jati diri dan kekuatan,” katanya ketika berucap di Muktamar Tahunan Pemuda PAS ke-60, di sini, hari ini.

Ahli Parlimen Marang itu turut menegaskan PAS juga tidak teragak-agak untuk memecat sesiapa sahaja pimpinan yang tidak bermoral.

“Bukan macam parti yang anggap moral sebagai perkara yang kecil, enteng dan ringan. Apa lagi… ada parti yang aktivitinya ialah video.

“Adakah kita mahukan pemimpin negara dan parti macam ni?” katanya sambil disahut ‘tidak’ oleh perwakilan.

Dalam pada itu, Abdul Hadi menjelaskan politik dan agama tidak boleh dipisahkan.

“Apabila bercakap saja tentang politik ia dianggap kotor dan najis. Ini ajaran bukan Islam.

“Teori bukan Islam yang pisahkan agama dengan politik tapi Islam jadikan politik sebahagian daripada agama,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Abdul Hadi AwangislamMuktamar PASPresiden PAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemuda PAS Lulus Usul Himpunan Mega Penyatuan Ummah

Pemuda PAS Lulus Usul Himpunan Mega Penyatuan Ummah

03/09/2026
0

KOTA BHARU - Muktamar Dewan Pemuda PAS meluluskan sebulat suara usul supaya Himpunan Mega Penyatuan Ummah diadakan sebelum Pilihan Raya...

Tatakelola, Reformasi Cuma Sedap Disebut – Abdul Hadi

Tatakelola, Reformasi Cuma Sedap Disebut – Abdul Hadi

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan slogan tatakelola dan reformasi yang sering dilaungkan kerajaan sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd