• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Tanggung Hutang Pinjaman SRC Dengan KWAP

oleh
19/06/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai kanan di Kementerian Kewangan Malaysia hari ini mendedahkan di Mahkamah Tinggi di sini bahawa sehingga Mei lepas, baki hutang prinsipal serta faedah pinjaman SRC International Sdn. Bhd. dengan Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) yang perlu ditanggung oleh Kerajaan Malaysia adalah sebanyak RM4.15 bilion.

Afidah Azwa Abdul Aziz, 44, Timbalan Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik kementerian berkenaan berkata, berdasarkan tempoh pinjaman dalam perjanjian pembiayaan antara SRC dan KWAP berjumlah RM4 bilion, hutang syarikat berkenaan akan selesai pada tahun 2022 iaitu dalam tempoh 10 tahun dari pembiayaan diberikan pada 2012.

“Sehingga kini, kerajaan masih membayar hutang pinjaman SRC dengan KWAP dan bayaran akan berterusan sehingga selesai bayaran balik secara penuh bagi prinsipal serta faedah yang wujud atas pinjaman RM4 bilion berkenaan,” katanya ketika membacakan penyataan saksi pada hari ke-28 perbicaraan kes bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berdepan tujuh pertuduhan berhubung penyelewengan dana SRC berjumlah RM42 juta.

Afidah, yang pernah bertugas sebagai Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pengurusan, Pinjaman, Pasaran Kewangan dan Aktuari berkata, oleh kerana SRC gagal membayar hutang kepada KWAP, kerajaan selaku penjamin keseluruhan pinjaman sebanyak RM4 bilion perlu bertanggungjawab untuk membayar semua jumlah pembiayaan prinsipal serta faedah sepenuhnya kepada KWAP.

Menurut saksi pendakwaan ke-41 itu, berdasarkan pengalamannya bertugas di Unit Jaminan Kerajaan di Kementerian Kewangan, kerajaan sering menanggung pembiayaan balik pinjaman di mana surat jaminan kerajaan telah diberikan.

“Antara contoh projek di mana kerajaan membayar pembiayaan adalah bagi projek infrastruktur sosial seperti projek KLIAB, MRT dan projek Pan Borneo,” katanya ketika pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Suhaimi Ibrahim.

Afidah, yang berkhidmat di kementerian itu sejak 2001 berkata bagi projek selain daripada SRC, kebiasaannya Kementerian Kewangan akan bersedia lebih awal kerana tahu kementerian perlu menanggung bayaran pembiayaan kerana kebanyakan projek adalah projek infrastruktur yang tidak dapat menjana hasil yang mencukupi untuk membayar hutang terutamanya jika projek masih dalam pembinaan.

“Tetapi bagi SRC, pinjamannya adalah bertujuan untuk pelaburan di mana sepatutnya SRC memperoleh keuntungan hasil daripada pelaburan tersebut.

“Namun, kerajaan tidak bersedia dari segi penyediaan peruntukan bagi membayar balik hutang kepada KWAP kerana SRC telah lambat memaklumkan yang mereka tidak berupaya membuat bayaran kepada KWAP,” kata saksi itu.

Najib, 66, didakwa atas tiga tuduhan pecah amanah, satu tuduhan salah guna kedudukan dan tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM42 juta.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung petang.

Tags: KWAPNajib Tun RazakSRC International
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Saiz Dana KWAP Catat Pertumbuhan 7.4 Peratus Pada 2023

Saiz Dana KWAP Catat Pertumbuhan 7.4 Peratus Pada 2023

31/07/2024
0

KUALA LUMPUR - Saiz dana terkumpul Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) mencatatkan pertumbuhan sebanyak 7.4 peratus bagi tahun berakhir 31...

Anwar Umum Pelaburan RM3 Bilion KWAP Melalui Dana Pemacu

Anwar Umum Pelaburan RM3 Bilion KWAP Melalui Dana Pemacu

28/05/2024
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) bakal melabur sebanyak RM3 bilion...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd