• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Tak Masuk Akal Dakwa Saya Dalang” – Anwar

oleh
18/06/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dakwaan kononnya beliau mendalangi isu video lucah yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, bukan sahaja tidak berasas malah tidak masuk akal.

“(Tuduhan) tidak masuk akal. Kamu tidak boleh kata benda yang tidak benar. Itu sesuatu yang buruk. Ia penuh dengan fitnah dan tidak adil.

“Saya simpati dengan isu ini. Ia tidak masuk akal langsung untuk kita meletakkan keraguan kepada pihak lain tanpa sebarang bukti,” kata Presiden PKR itu ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2019 Dewan Perniagaan dan Industri India Muslim Malaysia (MIMCOIN) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan yang mengaitkannya sebagai dalang isu terbabit.

Mengulas mengenai laporan media Australia mendakwa tiada bukti manipulasi imej pada video terbabit, Anwar menyerahkannya kepada polis untuk melakukan siasatan.

“Saya tidak mahu buat apa-apa telahan, kita boleh baca tapi yang sahnya kita kena dengar daripada PDRM (Polis Diraja Malaysia),” katanya.

Sementara itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, berkata isu terbabit tidak akan menjejaskan perpaduan parti kerana ahli yang waras tidak akan terikut dengan sentimen dan fitnah.

“Parti masih kukuh, saya di Sabah dan Sarawak baru-baru ini, semua ahli dari cabang hadir. Semua kepemimpinan ada.

“Mestilah rakyat mahu tahu apa yang berlaku dalam parti. Pada pandangan saya, jangan lemparkan dakwaan kepada sesiapa. Kita patut berpegang kepada fakta dan bukti sahih sebab ini bukan budaya kita,” katanya.

Semalam, Azmin menggesa Lembaga Disiplin PKR menyiasat dalang di sebalik penyebaran video lucah yang dikaitkan dengannya. – BH Online

Tags: Anwar IbrahimMohamed Azmin AliPKRSeks Luar Tabiivideo lucah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Johor Benteng Perjuangan Reformasi” – Dakwa Saifuddin Nasution

“Johor Benteng Perjuangan Reformasi” – Dakwa Saifuddin Nasution

13/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendakwa Johor akan terus menjadi benteng...

Lokman Adam Adakan Perbincangan Dengan Anggota PKR?

Lokman Adam Adakan Perbincangan Dengan Anggota PKR?

09/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mengadakan pertemuan dengan beberapa anggota Parti Keadilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd