• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Persoal Putrajaya Sedia Pertimbang Dana PIP P.Pinang

oleh
17/06/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mempersoalkan kesediaan Putrajaya mempertimbangkan permohonan dana daripada Pulau Pinang bagi meneruskan projek Pelan Induk Pengangkutan (PIP), dengan menarik perhatian kepada dua projek kontroversi bawah rancangan itu.

Bekas perdana menteri mengingatkan Putrajaya bahawa PIP termasuk projek “misteri” terowong dasar laut dan projek “lebuhraya termahal di Malaysia” iaitu Pan Island Link.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini bahawa Putrajaya sedia memberi pertimbangan sekiranya kerajaan Pulau Pinang memohon dana bagi meneruskan PIP, yang dianggarkan bernilai RM46 bilion.

“Tidak apa. Kerajaan Pakatan Harapan boleh pinjam lagi. Bantuan kepada rakyat masih boleh potong lagi.

“Hutang rasmi negara hanya naik ke RM800 bilion, belum sampai RM1 trilion,” katanya di Facebook.

Najib menarik perhatian Putrajaya kepada pendirian PH berhubung PIP sebelum ini, iaitu kerajaan negeri akan membiayai sepenuhnya kos projek PIP, “dengan membayar menggunakan tanah dan hak tanah”.

Beliau mendakwa kini tanah dan hak tanah negeri sudah diberi kepada syarikat swasta.

“Projek kondo mewah syarikat swasta di atas sebahagian tanah yang dibayar sudah hampir siap. Tetapi masih tidak ada sebarang pembinaan bermula untuk projek PIP.

“Sekarang, menteri kewangan, kerajaan pusat PH baik hati sangat dan mahu biayai kos projek RM46 bilion PIP ini,” katanya.

Terdahulu, Lim berkata Putrajaya akan menerima permohonan kerajaan Pulau Pinang terlebih dahulu sebelum sebarang pengumuman dibuat kerana ia perlu dibincangkan menerusi semua aspek, termasuk tentang “financial architecture”, secara teratur dan mengikut prosedur.

Sebarang pengumuman hanya akan dibuat setelah ia selesai, katanya.

Sebelum ini, kerajaan negeri membentangkan cadangan projek tebus guna 3 pulau di selatan Pulau Pinang yang akan dilelong kepada pembida tertinggi bagi membiayai PIP.

Antara projek dirangka menerusi PIP ialah pembinaan Transit Aliran Ringan (LRT), monorel, teksi air, kereta kabel, terowong dasar laut dan beberapa lebuh raya. – FMT

Tags: Lim Guan EngNajib Tun RazakProjek PIPPulau Pinang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Program Jualan Besar-Besaran Daging Babi Diteruskan, Aktiviti Yang Sah – Guan Eng

Program Jualan Besar-Besaran Daging Babi Diteruskan, Aktiviti Yang Sah – Guan Eng

21/06/2026
0

PULAU PINANG - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menegaskan program jualan daging babi secara besar-besaran akan diteruskan walaupun terdapat bantahan...

‘Rakyat Johor Bayar Cukai Juga’ – Ka Siong Gesa Projek E-ART Diberi Layanan Sama Seperti LRT Mutiara Line

‘Rakyat Johor Bayar Cukai Juga’ – Ka Siong Gesa Projek E-ART Diberi Layanan Sama Seperti LRT Mutiara Line

17/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan mengapa projek Elevated Autonomous Rapid Transit (E-ART) Johor tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd