• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Sebarang Spekulasi Pembebasan Haziq – Hilman

oleh
17/06/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Setiausaha Politik kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Muhammad Hilman Idham menegaskan tiada sebarang spekulasi berhubung pembebasan Haziq Abdullah Abdul Aziz, Sabtu lalu, selepas dikaitkan dengan video intim dengan seorang Menteri Kabinet.

Menurutnya, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menjalankan siasatan dengan baik dan profesional terhadap kes terbabit.

“Tiada apa yang harus dispekulasikan dengan pembebasan itu. Kalau Haziq dah beri keterangan dan polis rasa ianya sudah lengkap, tidak perlu reman dan sebagainya, itu adalah pertimbangan polis,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, hari ini.

Ketika ditanya sama ada adakah pembebasan Haziq memungkinkan akan timbul video ketiga, Muhammad Hilman berkata, pihaknya telah beri semua kerjasama dan perkara itu diserahkan sepenuhnya untuk pihak polis siasat.

Berhubung kehadiran beliau di IPD Sepang hari ini, katanya, beliau dimaklumkan untuk beri keterangan berhubung susulan dakwaan Haziq yang menuduhnya melakukan ugutan semasa pertemuan di Zest Coffee House, Hotel Marriott di sini pada pukul 2.40 petang, 11 Jun lalu.

Muhammad Hilman ditemui pemberita ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, hari ini.

Bagaimanapun, beliau yang hanya mengambil masa kira-kira lima minit di IPD Sepang berkata, beliau dimaklumkan tidak perlu untuk merakam keterangannya semula kerana keterangannya telah direkodkan Jumaat lalu di IPD Putrajaya selepas membuat laporan polis berhubung dakwaan terbabit.

“Saya diminta oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Menteri Hal Ehwal Ekonomi) untuk beri segala kerjasama dengan polis agar siasatan dibuat segera.

“Perkara ini akan dimaklum semula sekiranya ada keperluan untuk beliau hadir beri keterangan semula. Kita dah bagi semua kerjasama dan polis telah lakukan siasatan dengan amat baik dan profesional,” katanya.

Selain itu, ketika ditanya bila pihak polis akan merekod keterangan Azmin, Muhammad Hilman berkata, di peringkat pejabat dan kementerian, pihaknya telah dimaklumkan perkara itu, namun memandangkan kepadatan jadual yang telah dirancang sebelum ini, tarikh itu masih dalam perbincangan.

“Datuk Seri Azmin memang telah arahkan supaya kita beri keutamaan dan prioriti kepada polis untuk beliau (Azmin) beri keterangan. Memandangkan jadual padat, kita masih lagi sedang teliti waktu. Insya-ALLAH akan beri waktu sama ada hari ini atau esok dan lokasi itu bergantung kepada perbincangan kita,” katanya.

Jumaat lalu, polis menahan Haziq di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) Sepang, selepas dikaitkan dengan skandal video dengan seorang Menteri Kabinet ditahan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis pada keesokannya. – Sinar Harian

Tags: Haziq AzizHilman IdhamMohamed Azmin AliPKRvideo lucah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Johor Benteng Perjuangan Reformasi” – Dakwa Saifuddin Nasution

“Johor Benteng Perjuangan Reformasi” – Dakwa Saifuddin Nasution

13/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendakwa Johor akan terus menjadi benteng...

Lokman Adam Adakan Perbincangan Dengan Anggota PKR?

Lokman Adam Adakan Perbincangan Dengan Anggota PKR?

09/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mengadakan pertemuan dengan beberapa anggota Parti Keadilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd