• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyiasat Dedah Penemuan Baru MH17 Minggu Depan

oleh
15/06/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

THE HAGUE – Penyiasat antarabangsa yang menyiasat nahas pesawat MH17 akan mendedahkan penemuan baru minggu depan, hampir 5 tahun selepas pesawat Malaysia Airlines ditembak jatuh di Ukraine.

Pasukan siasatan bersama (JIT) yang diketuai Belanda dalam satu kenyataan berkata, waris 298 kru dan penumpang pesawat itu akan dimaklumkan terlebih dahulu pada Rabu depan.

Katanya, sidang media “mengenai perkembangan dalam siasatan jenayah ke atas insiden menembak jatuh MH17” akan menyusul kemudian, tetapi tidak memberi butiran lanjut.

“Sidang media itu akan didahului satu mesyuarat tertutup dengan waris. Mereka akan dimaklumkan dengan perkembangan itu terlebih dahulu.”

Boeing 777 yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu ditembak jatuh misil BUK buatan Rusia pada 17 Julai 2014 ketika melintasi sempadan timur Ukraine yang dikuasai puak pemisah pro-Rusia.

Pada Mei 2018, Belanda dan Australia dilaporkan berkata, misil yang dilancarkan sepasukan briged tentera Rusia, tetapi ia menafikan dakwaan dan menuding jari kepada Kiev.

Mac lalu, Australia dan Belanda mengadakan rundingan pertama dengan Rusia berhubung siasatan itu.

Hampir 2/3 daripada mangsa korban dalam pesawat itu ialah warganegara Belanda dan 38 lagi ialah warga Australia.

JIT termasuk Australia, Belgium, Malaysia, Belanda dan Ukraine.

JIT sebelum ini dilaporkan berkata, ia akan “berhati-hati” menyiasat dakwaan Moscow mengenai nahas itu, tetapi katanya, maklumat diberikan Rusia yang mendakwa kehadiran sebuah jet pejuang Ukraine dekat pesawat komersial itu berdasakan imej radar “tidak benar”. – Agensi

Tags: Malaysia AirlinesMH17pesawat ditembakUkraine
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

UK ‘Bantu’ Keluar Senjata Di Ukraine

UK ‘Bantu’ Keluar Senjata Di Ukraine

02/03/2025
0

ISTANBUL - Ukraine dan United Kingdom (UK) menandatangani perjanjian pinjaman yang akan "ditujukan ke arah pengeluaran senjata di Ukraine," kata...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd