• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangkuk Cendol Bernilai RM900,000 Dirampas

oleh
12/06/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis menggagalkan cubaan menyeludup 6.2 kilogram dadah disyaki ketamin ke Taiwan dengan menggunakan perkhidmatan syarikat kurier selepas menahan dua lelaki dalam serbuan berasingan, semalam.

Kedua-dua suspek disyaki menggunakan mangkuk besi yang biasa digunakan untuk minuman cendol bagi menyembunyikan dadah yang dianggarkan bernilai RM900,000 sebelum menghantarnya ke syarikat kurier terbabit untuk proses penghantaran.

Timbalan Pengarah, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Deputi Komisioner Zulkifli Ali, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kegiatan sindiket berkenaan sebelum melakukan pemeriksaan di premis syarikat kurier itu.

“Bertindak atas maklumat, JSJN Bukit Aman melancarkan satu pemeriksaan dan dua serbuan di kawasan Lembah Klang bermula jam 10.15 pagi 10 Jun sehingga 2.15 petang 11 Jun.

“Hasil serbuan kita menahan dua lelaki berusia 22 dan 23 tahun bersama 154 paket dadah disyaki ketamin yang disembunyikan dalam 154 mangkuk besi yang biasa digunakan untuk minuman cendol.

“Dadah itu akan diletakkan di dalam mangkuk besi sebelum satu lagi mangkuk besi ditindihkan atas dadah berkenaan sebelum kedua-dua mangkuk itu dipateri bagi mengelak dari dikesan,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, di sini, hari ini.

Zulkifli berkata, nilai dadah itu dianggarkan RM372,000 di Malaysia namun harganya akan meningkat empat hingga lima kali ganda bila dijual kepada pengguna di Taiwan.

“Seorang daripada suspek memiliki rekod jenayah lampau, manakala ujian air kencing kedua-dua suspek negatif.

“Kita masih lagi memburu saki baki ahli sindiket dan kita juga turut bekerjasama dengan polis Taiwan bagi mengesan rangkaian mereka.

“Suspek direman sehingga 18 Jun dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – BH Online

Tags: EKSPORTKetaminmangkuk cendoltaiwan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MB Pahang Sokong Titah Tengku Hassanal, Stok Pasir Sungai Berpotensi Jana Hasil RM500 juta

MB Pahang Sokong Titah Tengku Hassanal, Stok Pasir Sungai Berpotensi Jana Hasil RM500 juta

09/05/2026
0

KUANTAN - Kerajaan Pahang akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam bagi membincangkan tentang isu eksport pasir...

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

10/04/2026
0

Oleh Mynewshub  SEORANG lelaki warga China dilaporkan mencetuskan kekecohan di sebuah kedai pengurup wang selepas mempertikaikan status mata wang dari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd