• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sumber Kewangan SRC Daripada KWAP, Kerajaan

oleh
11/06/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sumber kewangan Syarikat SRC International Sdn. Bhd. yang ditubuhkan pada 7 Januari 2011 adalah daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dan geran permulaan yang diperoleh daripada kerajaan.

Bekas Pengerusi Lembaga Pengarah SRC International, Tan Sri Ismee Ismail, 54, berkata, syarikat tersebut menerima pinjaman RM4 bilion daripada KWAP dan geran RM20 juta daripada kerajaan.

Beliau dalam keterangannya berkata, kesemua modal permulaan berkenaan digunakan untuk pelaburan dan modal kerja.

“Sumber kewangan SRC International adalah daripada pinjaman KWAP dan geran permulaan kerajaan. Dana berkenaan kemudian digunakan bagi tujuan pelaburan dan modal kerja,” katanya.

Saksi pendakwaan ke-39 itu berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ishak Mohd. Yusoff dalam perbicaraan hari ke-22 melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung penyelewengan dana SRC International di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

SRC International merupakan anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bertujuan mencapai dan mengekalkan kepentingan strategik negara dalam sumber utama iaitu arang batu dan uranium untuk tujuan ekstrak, proses dan perdagangan.

Dalam pada itu, saksi turut memberitahu mahkamah bahawa SRC International juga merujuk kepada Penasihat Emiritus yang ketika itu disandang bekas Perdana Menteri berkaitan perkara material dan strategik syarikat.

Ditanya sama ada Penasihat Kewangan Emiritus mempunyai kawalan dalam aspek pentadbiran lembaga SRC dan syarikat, saksi iyu menjawab, seharusnya mempunyai kawalan.

Pada 4 Julai dan 8 Ogos tahun lalu, Najib, 66, mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram berhubung dana SRC International.

Tags: KWAPNajib Tun RazakSRC International
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

Tengku Zafrul Akui Kerajaan Sebelum 2018 Tidak Guna Dana KWAP Bayar Pencen

Tengku Zafrul Akui Kerajaan Sebelum 2018 Tidak Guna Dana KWAP Bayar Pencen

21/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengakui dana KWAP tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd