• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Johor Difitnah, Kenapa MB Diam Diri?

oleh
11/06/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BARU-BARU ini, sebuah media online iaitu Malaysiakini telah mengeluarkan satu kenyataan yang bertajuk ‘Undangan Khas Aidilfitri Sultan Ibrahim hanya buat UMNO Johor’.

Laporan tersebut dikatakan bersumberkan seseorang yang tidak didedahkan siapa individu tersebut.

Melihat kepada kenyataan laporan yang dikeluarkan oleh Malaysiakini, ia seolah-olah satu tindakan sengaja dilakukan dan berniat jahat untuk memfitnah DYMM Sultan Johor.

Malah, ia juga satu perbuatan yang tidak beretika kerana membangkitkan salah faham dalam kalangan masyarakat hari ini.

Hakikatnya majlis yang dihadiri oleh pemimpin UMNO Johor adalah suatu permohonan mengadap sempena Aidilfitri bukannya suatu jemputan khas dari DYMM Sultan Johor seperti mana yang dicanang oleh Malaysiakini.

Jadi apa motif sebenar Malaysiakini mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah seperti ini?

Jika kita lihat, sebenarnya tiada isu yang boleh mengatakan bahawa DYMM Sultan Johor telah membuat jemputan khas Aidilfitri buat pemimpin UMNO Johor sahaja.

Sedangkan secara terang-terang kita dapat lihat jemputan rumah terbuka Aidilfitri Sultan Johor dihadiri oleh pemimpin Pakatan Harapan dan juga UMNO.

Pendek kata, pintu Istana Johor sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja, tidak kira rakyat biasa mahupun ahli-ahli politik yang berbeza ideologinya.

Jadi perkara yang berlaku ini sememangnya suatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab kerana cuba memanipulasikan keadaan yang sebenar dan sengaja ingin mencetuskan ketegangan antara pihak yang berkepentingan.

Yang hairannya sehingga ke hari ini masih tiada mana-mana pemimpin kerajaan negeri Johor termasuk Menteri Besar Johor, Dato’ Sahruddin Jamal sendiri yang sudi untuk menegur perbuatan Malaysiakini.

Jauh sekali memberi amaran untuk memadam atau menurunkan kenyataan tersebut dari laman berita Malaysiakini.

Sepatutnya Sahruddin Jamal selaku Menteri Besar Johor perlu berani ke hadapan untuk mempertahankan Sultan Johor daripada diserang oleh parasit seperti ini.

Lebih-lebih lagi beliau merupakan pemimpin nombor satu negeri Johor, seharusnya menjadi individu pertama mempertahankan DYMM Sultan Johor, sekali gus memberi amaran keras kepada Malaysiakini.

Persoalannya, mengapakan Menteri Besar tergamak melihat begitu sahaja Sultan Johor difitnah oleh Malaysiakini?

Sewajarnya Sahruddin Jamal perlu berani dan tegas untuk memainkan peranan sebagai Menteri Besar Johor.

Dhia Hani,
Persatuan Pemikir Muda Johor

Tags: Sahruddin JamalSultan Ibrahim Sultan IskandarUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - "Mari kita duduk berdua dulu tentukan apa yang boleh di capai kesepakatan terutama antara UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd