• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seorang Lagi Orang Asli Bateq Meninggal Dunia

oleh
09/06/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG – Seorang lagi penduduk orang asli, Kampung Kuala Koh di sini yang mempunyai tanda-tanda jangkitan kuman di saluran pernafasan meninggal dunia pagi ini menjadikan jumlah yang meninggal dunia akibat penyakit itu tiga orang setakat ini.

Mangsa yang menerima rawatan awal di Hospital Kuala Krai (HKK) sejak beberapa hari lalu dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu apabila keadaannya semakin kritikal sebelum meninggal dunia.

Mangsa dipercayai menggunakan air tadahan bukit dan sungai yang dipercayai tercemar, namun pihak hospital masih belum menyalurkan maklumat lengkap berhubung perkara itu termasuk jantina dan umur mangsa.

Ketua Polis Gua Musang, Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, pihaknya belum menerima sebarang maklumat berhubung pertambahan bilangan penduduk orang asli yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman itu.

Beliau berkata setakat ini hanya tiga orang disahkan meninggal dunia sungguhpun ada dakwaan penduduk kampung itu bahawa 13 orang sudah meninggal dunia akibat penyakit itu yang pada mulanya dianggap misteri awal Mei lalu.

“Siasatan berhubung dakwaan kematian 13 orang asli itu dilakukan sejak beberapa hari lalu dan sehingga ini disahkan hanya tiga orang meninggal dunia dan pihak pihak polis belum menemui kubur yang didakwa menjadi mangsa penyakit itu.

“Kita berharap masyarakat orang asli di Kampung Kuala Koh sentiasa berhubung dengan pihak polis terutama melaporkan berkaitan kematian supaya mudah dilakukan siasatan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, hasil maklumat yang diterima, 119 penduduk kampung berkenaan sudah dibawa keluar untuk rawatan sejak seminggu lalu dan enam daripada mereka yang kritikal dihantar ke HKK untuk rawatan lanjut.

“Daripada jumlah itu, 19 orang masih menerima rawatan di Hospital Gua Musang, empat ditempatkan di transit pesakit orang asli Gua Musang manakala 25 orang lagi diberi rawatan sebagai pesakit luar,” katanya.

Mengenai dua kematian terdahulu Mohd Taufik berkata, bedah siasat ke atas kedua-dua mangsa didapati positif jangkitan kuman di paru-paru.

Tags: jangkitan kumanmeninggal duniaOrang asli batek
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nur Izzati Humaira Ditemui Meninggal Dunia

Nur Izzati Humaira Ditemui Meninggal Dunia

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam dilaporkan ditemui...

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd