• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong, Permaisuri Berangkat Ke Majlis Aidilfitri MB Pahang

oleh
05/06/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini, berkenan mencemar duli berangkat ke majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Baginda yang diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tiba di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini, kira-kira pukul 4.05 petang dan disambut Wan Rosdy dan isteri, Datin Seri Burhah Mohammed serta barisan kepimpinan pentadbiran negeri.

Turut berangkat ke majlis itu ialah anakanda baginda berdua iaitu Tengku Amir Nasser, Tengku Puteri Iman Afzan, Tengku Puteri Ilisha Ameera dan Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah serta adinda Sultan Abdullah, Tengku Arif Temenggong Pahang Tengku Abdul Fadh Mu’adzam Shah Almarhum Sultan Ahmad Shah.

Turut hadir ialah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta wakil rakyat Pahang.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah juga berkenan mencemar duli menyantuni tetamu yang berbaris di sepanjang laluan masuk untuk bersalaman dan mengucapkan selamat hari raya kepada baginda berdua.

Majlis yang diadakan sejak pukul 10 pagi tadi, dihadiri kira-kira 7,000 tetamu berbilang kaum dan agama yang disajikan dengan juadah hari raya seperti rendang, lemang, nasi minyak dan laksa Pahang.

Tags: Menteri besar pahangRaja Permaisuri AgongYang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Semoga Allah Melindungi Agong, Institusi Raja Daripada Fitnah Dan Niat Jahat – Onn Hafiz

Semoga Allah Melindungi Agong, Institusi Raja Daripada Fitnah Dan Niat Jahat – Onn Hafiz

21/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab pihak mewujudkan akaun TikTok palsu menggunakan nama dan imej Yang...

Sultan Ibrahim Kurnia SMIJ Kepada Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor, DK I Kepada Raja Muda Johor

Sultan Ibrahim Kurnia SMIJ Kepada Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor, DK I Kepada Raja Muda Johor

20/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama Dato’ Sri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd