• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

CAP Gesa Haramkan Sepenuhnya Bunga Api, Mercun

oleh
04/06/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan untuk mengharamkan sepenuhnya bunga api dan mercun bagi mengekang penyeludupan dan pengedaran secara haram.

Pemangku Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader dalam satu kenyataan pada Isnin melahirkan rasa kesalnya selepas 44 jenis bunga api dan mercun untuk perayaan di bawah nama ‘Happy Boom’, telah ditarik balik pengharamannya Februari lepas.

Penggunaan mercun perayaan ‘Happy Boom’ telah diletakkan di bawah Akta itu, dan merupakan salah satu daripada mercun yang dibenarkan untuk dijual di Malaysia, bersama sejenis lagi bunga api iaitu ‘Pop Pop’.

Katanya dengan membenarkan sejumlah besar bunga api untuk dijual, ianya akan membolehkan peniaga secara haram berselindung, disebalik jenis bunga api dan mercun yang dibenarkan dan menjualnya secara terbuka.

“Dengan membenarkan penjualan bunga api dan mercun, ia mewujudkan permintaan yang lebih banyak dan sekali gus menggalakkan kemasukan yang diseludup masuk ke dalam negara,” katanya.

Mohideen berkata penyeludupan, pengedaran dan penjualan mercun dan bunga api hanya dapat dihentikan melalui penguatkuasaan yang ketat dan dengan bantuan masyarakat dengan tidak membelinya.

“Atas sebab itu, kami menggesa Jabatan Kastam dan Polis untuk meningkatkan usaha menggagalkan penyeludupan dan juga penjualan bunga api dan mercun di seluruh negara,” katanya dan menambah pihak berkuasa juga perlu mengenakan hukuman yang lebih tinggi kepada pelakunya termasuk penjara lebih daripada 20 tahun.

Mengikut Seksyen 4(2) Akta Bahan Letupan 1957, sesiapa yang didapati, membuat, memiliki atau mengimport bunga api dan mercun boleh dipenjarakan tidak kurang lima (5) tahun atau dengan RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Tags: bunga apiCAPmercun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JBPM, JKR Diarah Semak Semula SOP Gerai Jualan Bunga Api Sementara – Nga Kor Ming 

JBPM, JKR Diarah Semak Semula SOP Gerai Jualan Bunga Api Sementara – Nga Kor Ming 

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) diarahkan menyemak semula prosedur...

Mercun Gergasi 19KG Diimport Dari China Dijual Hingga RM5,000 Sekotak

Mercun Gergasi 19KG Diimport Dari China Dijual Hingga RM5,000 Sekotak

25/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Menerusi satu hantaran di media sosial, seorang pengguna mendakwa mercun jenis “Dai Sheng Gui Lai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd