• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

13 Kampung Di Alur Limbat Diterangi Cahaya Pelita

oleh
03/06/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Bagi mengembalikan nostalgia Hari Raya Aidilfitri, 13 kampung yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat diterangi cahaya kira-kira 200 lampu pelita bersempena Pertandingan Pelita Raya Beautiful Terengganu 2019.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Komunikasi Negeri Terengganu, Ariffin Deraman berkata pertandingan yang bermula 30 Mei sehingga 7 Jun itu menyaksikan setiap kampung yang terlibat membina replika atau monumen menggunakan lampu pelita mengikut kreativiti masing-masing.

“Setiap MPKK (Majlis Pengurusan Komuniti Kampung) yang terlibat dibekalkan dengan 200 pelita dan minyak tanah dan peserta perlu memilih kawasan atau tapak untuk memasang pelita raya tersebut berdasarkan kesesuaian.

“Proses penjurian akan dibuat sepanjang pertandingan berlangsung dan kampung yang paling kreatif dan menepati kriteria yang ditetapkan akan diumumkan sebagai pemenang,” katanya selepas Majlis Pelancaran Pertandingan Pelita Raya Beautiful Terengganu 2019 di Kampung Gelugor di sini malam tadi.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Alur Limbat berkata pemenang tempat pertama akan menerima wang tunai RM500, tempat kedua (RM300), tempat ketiga (RM200) dan tempat keempat (RM100).

Dalam pada itu, Ariffin berkata pihaknya bercadang untuk mengadakan pertandingan tersebut bagi peringkat antara daerah pada tahun hadapan.

Pertandingan Pelita Raya Beautiful Terengganu 2019 yang dianjurkan Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu bagi peringkat kampung dalam kawasan DUN mula diperkenalkan pada 2009, melibatkan DUN Tepuh dan kemudian diadakan di kawasan lain.

Tags: Hari Raya Aidilfitrilampu pelitaTerengganu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada pelajar tahfiz supaya sentiasa berpegang pada prinsip tabayyun. Menurut...

Bagaimana Mahu Merayakan Aidilfitri Penuh Kegembiraan Walaupun Terpaksa Berkerja?

Bagaimana Mahu Merayakan Aidilfitri Penuh Kegembiraan Walaupun Terpaksa Berkerja?

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub  Menyambut Aidilfitri ketika perlu bekerja memang mencabar—tetapi dengan sedikit perancangan dan mindset yang betul, anda masih boleh menikmati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd