• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rumah Terbuka PM, Jemaah Menteri Hari Raya Pertama

oleh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan ahli jemaah menteri akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Kompleks Seri Perdana di sini pada hari raya pertama.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam satu kenyataan hari ini berkata, majlis akan berlangsung dari 10 pagi hingga 4.30 petang.

“Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan majlis tersebut dengan memakai pakaian yang bersesuaian,” menurut kenyataan itu.

Bagi memudahkan orang ramai untuk menghadiri majlis tersebut, perkhidmatan bas percuma bermula 9.30 pagi akan disediakan di tiga lokasi iaitu di Putrajaya Sentral, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra ke Seri Perdana, menurut JPM.

“Orang ramai boleh meninggalkan kenderaan masing-masing di tiga lokasi tersebut untuk menaiki bas yang disediakan dan dinasihatkan agar menggunakan hentian bas yang sama untuk pergi dan balik,” katanya.

Lebih 50,000 pengunjung dijangka hadir memeriahkan majlis tersebut.

Tags: Aidilfitrijemaah menteriPerdana MenteriRumah Terbuka
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

Jiwa Merdeka Ialah Jiwa Yang Menolak Kebencian – Anwar

Jiwa Merdeka Ialah Jiwa Yang Menolak Kebencian – Anwar

31/08/2026
0

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia menghayati erti kemerdekaan dengan menolak kebencian dan perpecahan, sebaliknya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd