• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Untung Bersih DRB-Hicom Susut

oleh
31/05/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keuntungan bersih DRB-Hicom bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019, susut kepada RM122.87 juta daripada RM430.37 juta dicatatkan pada tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, hasil meningkat 1.8 peratus kepada RM12.48 bilion daripada RM12.25 bilion.

Bagi suku keempat, syarikat itu mencatatkan keuntungan bersih berjumlah RM127.86 juta daripada kerugian bersih RM59.41 juta.

Ia mencatatkan hasil lebih tinggi berjumlah RM3.47 bilion daripada RM2.98 bilion, berikutan hasil lebih tinggi sebanyak RM7.36 bilion disumbang oleh syarikat automotif terutamanya jualan Proton X70 (X70).

Proton menerima 30,000 tempahan dan menyerahkan sebanyak 14,000 unit X70, katanya dalam kenyataan hari ini.

Sektor perkhidmatan kumpulan itu juga mencatatkan hasil yang lebih tinggi sebanyak RM4.58 bilion walaupun tekanan dihadapi perkhidmatan Pos Malaysia Bhd.

Sebaliknya, keuntungan bersih sektor hartanahnya lebih rendah pada RM540 juta disebabkan oleh hasil lebih kecil daripada projek pembinaan yang sedang berjalan.

“Kumpulan itu mencatatkan keuntungan operasi penuhnya tahun ini, kali pertama dicapai dalam tempoh tiga tahun. Dalam pada itu, keuntungan operasi berjumlah RM342 juta daripada kerugian RM817 juta tahun sebelumnya,” katanya.

Bagi tahun kewangan 2020, DRB-Hicom menjangkakan pengguna kembali yakin terhadap Proton dengan disokong peningkatan kualiti yang diteruskan dengan pelancaran model baharu Iriz, Persona dan Exora baru-baru ini.

“Ini juga akan dirangsang oleh model ikonik Proton Saga yang sedang menunggu untuk dilancarkan dan pelancaran versi X70 yang dipasang di dalam negara bagi tahun kewangan semasa,” katanya.

Sementara itu, perniagaan lain kumpulan itu dalam bidang aeroangkasa, pertahanan, perbankan, pos dan logistik, konsesi dan hartanah akan terus berkembang dan meluaskan asas pelanggan mereka agar terus berdaya saing dalam keadaan pasaran semasa yang mencabar.

“Di Pos Malaysia, pengurangan penghantaran surat tradisional terus memberikan tekanan ke atas pendapatan, sementara dalam perniagaan penghantaran bungkusan, Pos Laju menghadapi cabaran daripada pesaing baharu, termasuk perkhidmatan penghantaran bungkusan e-hailing. Namun, Pos Laju tetap menjadi peneraju pasaran dalam segmen ini.

“Pos Malaysia akan terus bekerjasama dengan pengawal selia untuk mendapatkan semakan tarif bagi perkhidmatan yang dikawal selia, memandangkan pertumbuhan kawasan perkhidmatan pos memberi tekanan besar terhadap kos operasi,” katanya sambil menambah bahawa kumpulan itu berharap dapat mencapai hasil positif dengan pengawal selia.

Tags: DRB-HicomEkonomikeuntungan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd