• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dunia Bergema Alunan Surah Al-Kahfi

oleh
30/05/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seluruh dunia bergema dengan alunan ayat-ayat suci al-Quran secara serentak menerusi program World #QuranHour yang berlangsung kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

World #QuranHour diadakan serentak di lebih 2,100 lokasi yang berdaftar dengan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) untuk dalam negara dan lebih 79 lokasi dari 27 buah negara luar.

Di Lembah Klang, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah turut berkenan berangkat ke majlis bacaan World #QuranHour yang dijalankan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak dekat sini.

Pada majlis itu, Sultan Nazrin turut berkenan bersama-sama lebih 3,000 peserta World #QuranHour membaca al-Quran.

Turut hadir bagi mengiringi Sultan Nazrin ialah Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari; Rektor UIAM, Prof. Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak dan Pengasas WUIF, Datuk Hussammuddin Yaacub.

Para peserta yang mengambil bahagian berkumpul di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah seawal pukul 10.30 pagi dan bacaan al-Quran dimulakan serentak pada pukul 12 tengah hari.

Pada tahun ini, penganjur memilih bacaan surah al-Kahfi.

Majlis dimulakan bacaan surah al-Kahfi dari ayat satu sehingga ayat 110 dengan dipimpin oleh 12 qari yang dibaca secara bergilir-gilir.

Selepas bacaan tamat, berlangsung sesi tadabbur surah al-Kahfi oleh Ketua Pegawai Penyelidik WUIF, Fazrul Ismail dan Pensyarah Jabatan Quran dan Sunnah UIAM, Prof. Madya Dr. Habeeb Rahman Ibramsa.

Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar al-Quran oleh penyampai radio, Mohammad Kareef Daniel Abdullah atau dikenali Mat Dan; Penolong Penerbit Astro, Ibrahim Hajjar dan Mohamad Naja Nathan Azman.

Selepas program tamat, Sultan Nazrin berkenan menunaikan solat zohor bersama hadirin secara berjemaah dan kemudian berangkat pulang.

Tags: #QuranHoural-kahfiAl-Quran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KDN Sita 6,622 Bahan Al-Quran Mengandungi Kesilapan

KDN Sita 6,622 Bahan Al-Quran Mengandungi Kesilapan

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Sebanyak 6,622 unit teks dan bahan al-Quran yang mengandungi kesilapan dan tidak memenuhi standard disita Kementerian Dalam...

UMPSA Siasat Penyebaran Naratif 3R, Tindakan Tegas Menanti Pelajar Terlibat

UMPSA Siasat Penyebaran Naratif 3R, Tindakan Tegas Menanti Pelajar Terlibat

25/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUANTAN – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) memandang serius penyebaran kandungan di media sosial yang membabitkan universiti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd