• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dagangan Semasa Mata Wang Bersifat Manipulatif

oleh
30/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Malaysia mencadangkan mata wang baharu berasaskan emas memandangkan ia lebih stabil berbanding dagangan dalam mata wang semasa yang besifat manipulatif, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata logam berharga itu boleh digunakan untuk menilai aktiviti import dan eksport dalam kalangan negara di Asia Timur.

“Kita boleh membuat penyelesaian menggunakan mata wang (baharu) ini (emas). Mata wang itu perlu berkait dengan mata wang tempatan sebagai rujukan kepada kadar tukaran, sesuatu yang boleh dikaitkan dengan prestasi sesebuah negara.

“Berdasarkan kaedah ini, kita akan tahu jumlah hutang, jumlah yang perlu dibayar dalam mata wang khas Asia Timur,” katanya pada sesi dialog Persidangan Antarabangsa mengenai Masa Depan Asia (Nikkei Conference) di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata mata wang baharu itu juga boleh dipanjangkan kepada negara lain di luar kawasan Asia Timur.

Beliau berkata pada masa ini pasaran global terikat kepada dolar US, yang membuka ruang untuk dimanipulasi.

“Hanya kerana sebuah negara terjejas, ia menular ke negara lain. Kedudukan Malaysia sangat stabil pada 1997… namun disebabkan masalah berlaku di Thailand (semasa krisis kewangan Asia), mereka berkata Malaysia juga perlu menambat mata wangnya.

“Apa berlaku? Pedagang mata wang menjual mata wang Malaysia, menyebabkan mata wang Malaysia susut nilai.

“Mereka tiada pun wang, mereka tidak ada pun mata wang Malaysia, namun mereka dapat menjual kuantiti besar mata wang Malaysia, dan apabila harga jatuh, sudah pasti mereka membeli dan menjualnya pada harga yang lebih tinggi apabila nilainya meningkat.

“Apabila susut nilai, sudah pasti anda boleh membeli dan menjual pada harga yang lebih tinggi apabila harga meningkat. Dagangan mata wang ini bukanlah sesuatu yang sihat kerana ia bukan menunjukkan prestasi (ekonomi) sesebuah negara, sebaliknya ia merupakan manipulasi.

“Apa sahaja yang ada berlebihan, akan hilang nilainya. Jika bekalan kurang, nilai akan meningkat dan mereka jual dalam kuantiti wang yang besar yang mereka tidak ada pun, dan disebabkan jumlahnya sangat besar, berlakulah penyusutan nilai,” katanya.

Perdana Menteri menjelaskan bahawa jika (penarafan) negara diturunkan atau dinaikkan, ia sewajarnya dilakukan oleh forum antarabangsa yang tidak komited dan bukan oleh mana-mana negara. Atas kedudukan ini. beliau membidas Amerika Syarikat (AS) kerana melabelkan negara-negara.

“AS suka melabelkan bahawa negara itu tidak bagus, negara ini tidak baik dan memberitahu negara-negara mengenai cara untuk menjalankan perniagaan mereka.

“Anda tidak demokratik. Bukan mana-mana negara tunggal mempunyai kuasa untuk membuat keputusan. Jika anda mahu tinggal di negara yang bersatu, dunia yang stabil, kita mesti memilih kemampanan menerusi perjanjian antara semua negara yang mempunyai kepentingan dalam sebarang masalah,” katanya.

Ditanya sama ada yen Jepun atau yuan China boleh digunakan sebagai mata wang seragam di Asia, Mahathir menjawab: “Jika kita cuba mempromosi mata wang kita sendiri, akan berlaku konflik.

“Namun jika ada mata wang seragam untuk Asia Timur, mata wang dagangan yang sama yang digunakan di setiap negara untuk penyelesaian dagangan, akan wujud kestabilan.

“Namun untuk mempromosikan yen atau yuan, bukanlah caranya,” katanya.

Dr. Mahathir tiba di Tokyo semalam untuk lawatan kerja tiga hari.

Tags: emasjepunMahathir Mohamadmata wang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Racing Team Kuasai ARRC 2026

JDT Racing Team Kuasai ARRC 2026

15/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelumba negara dari pasukan JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah, terus melakar kejayaan dalam Kejuaraan Motosikal Asia...

Anwar Ke Jepun Mahu Tarik Pelaburan Berkualiti Ke Malaysia

Anwar Ke Jepun Mahu Tarik Pelaburan Berkualiti Ke Malaysia

09/06/2026
0

TOKYO – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau melakukan lawatan rasmi ke Jepun sehingga Rabu ini dalam usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd