• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majlis Iftar Di Gurdwara Sahib Cemar Kesucian Islam

oleh
28/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru mengecam tindakan Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir yang tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam dengan mengadakan majlis berbuka puasa di Gurdwara Sahib di bandaraya ini petang ini.

Ketuanya, Mohd. Hairi Mad Shah berkata, langkah Akmal yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan mengadakan majlis berbuka puasa di rumah ibadat bukan Islam tidak kena pada tempatnya selain tidak menjaga sensitiviti umat Islam.

“Pemuda UMNO memahami hasrat YB Akmal untuk memupuk perpaduan antara masyarakat berbilang kaum, namun tidak kena dengan caranya.

“Dalam Islam Ramadan dianggap sebagai bulan suci, bulan Allah SWT. Apakah wajar pada bulan yang mulia ini umat Islam dibawa untuk berbuka puasa Gurdwara Sahib,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Majlis Iftar Muhibbah itu yang dijadualkan di Gurdwara Sahib tersebut 6.30 petang ini mengundang rasa tidak senang dan kritikan orang ramai terutama umat Islam yang tidak bersetuju dengan penganjuran tersebut.

Pada 10 Mei lalu, Ahli Parlimen Labis, Pang Hok Liong menyampaikan sumbangan dalam Masjid Tenang Stesyen, Labis, namun dituduh pihak tertentu berceramah politik.

Berikutan itu pada 16 Mei lalu Sultan Johor bertitah dan melahirkan kekecewaan terhadap perbuatan Hok Liong itu yang disifatkan Baginda sebagai biadab dan tidak beretika.

Selain itu, Ketua Biro Aduan MCA Johor, Michael Tay Chee Boon turut menyelar tindakan mengadakan program sumbangan dalam masjid sedangkan program seperti itu tidak pernah diadakan gereja, tokong atau kuil penganut agama berkenaan.

Mengulas lanjut, Mohd. Hairi berkata, banyak lagi tempat yang boleh diadakan majlis sebegini seperti di masjid, surau, rumah anak-anak yatim, rumah orang tua dan di pusat khidmat atau Pejabat Parlimen Johor Bahru.

Jelasnya, Akmal boleh menjemput masyarakat berbilang kaum dan agama untuk berbuka puasa bersama dan itu tiada masalah.

“Namun mengajak umat Islam berbuka puasa di rumah ibadah agama lain yang dianjurkan Ahli Parlimen beragama Islam adalah amat-amat tidak kena. Apatah lagi ketika umat Islam berada pada 10 Ramadan terakhir.

“Usaha memperkukuhkan dan menyuburkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat di negara ini yang terdiri daripada pelbagai bangsa, agama serta kepercayaan tidak wajar direalisasikan dengan perkara seperti ini,” ujarnya.

Justeru katanya, program yang dicadangkan diadakan pada petang ini dicadang untuk ditukar tempat penganjurannya.

“Saya berharap agar YB Akmal lebih cakna dan senstitif terhadap toleransi budaya dan agama sehingga tidak menjejaskan akidah sebagai seorang Muslim.

“Selaku Ketua Pergerakan Pemuda Johor Bahru, saya berharap agar Jadual yang sepatutnya berlangsung ditukarkan atau di batalkan sahaja bagi menjaga nama baik Gurdwara Sahib, Johor Bahru,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: Berbuka PuasaGurdwara SahibIftarislam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Eric Lau Pilih Islam, ‘Jalan Pulang Sentiasa Terbuka Bila Hati Sudah Bersedia’ – Hanafiah

Eric Lau Pilih Islam, ‘Jalan Pulang Sentiasa Terbuka Bila Hati Sudah Bersedia’ – Hanafiah

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Satu kisah menyentuh hati dikongsikan Exco Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Datuk Hanafiah...

“Kami Datang Nak Ibadah, Bukan Nak Dihina” – Pengalaman Pahit Keluarga Berbuka Di Masjid Tular

“Kami Datang Nak Ibadah, Bukan Nak Dihina” – Pengalaman Pahit Keluarga Berbuka Di Masjid Tular

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Niat murni seorang ibu membawa anak kecil ke masjid untuk berbuka puasa dan menunaikan solat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd