• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Vivy Dilantik Ahli Lembaga Pengarah UiTM

oleh
27/05/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelantikan usahawan e-dagang terkemuka, Datin Vivy Yusof sebagai satu daripada Ahli Lembaga Pengarah baharu Universiti Teknologi Mara (UiTM) mampu menyuntik idea bagi menggalakkan bidang keusahawanan dengan lebih berkesan.

Kehadiran Vivy yang juga pengasas bersama The dUCk Group iaitu jenama terkemuka dalam industri pakaian muslimah juga boleh memberi inspirasi kepada perniagaan baharu dalam kalangan warga terutamanya pelajar UiTM.

Menurut Naib Canselor UiTM, Prof. Emeritus Ir. Dr. Mohd. Azraai Kassim, pengalaman luas yang dimiliki Vivy dalam bidang penjenamaan dan pemasaran diyakini dapat melonjakkan jenama serta produk UiTM supaya lebih gah di mata dunia.

Jelas beliau, sebagai Ketua Pegawai Kreatif FashionValet, Vivy tentunya amat peka dengan kehendak dan permintaan golongan milenium.

“Saya percaya universiti akan mendapat manfaat besar daripada pengalaman Vivy sebagai usahawan wanita yang sangat berjaya.

“Kami berharap untuk bekerjasama dengannya dalam usaha meningkatkan dan mengembangkan capaian keusahawanan UiTM dalam ekosistem global dan tempatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pelantikan Vivy sebagai Ahli Lembaga Pengarah baharu UiTM diumumkan menerusi akaun Facebook rasmi universiti tersebut semalam dan mendapat pelbagai reaksi sama ada positif atau negatif daripada warga maya.

Vivy dilantik ke dalam barisan ahli lembaga pengarah untuk tempoh tiga tahun bagi menyertai Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM; Mohd. Sakeri Abdul Kadir; Datuk Mohd. Zaini Hassan dan Datuk Mohaiyani Shamsudin.

Selain itu, barisan Lembaga Pengarah UiTM turut dianggotai Datin Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir, Datuk Dr. Aminar Rashid Salleh dan Tan Sri Azizah Mokhzani. – UTUSAN ONLINE

Tags: keusahawananUiTMVivy Yusof
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kumpulan Pelajar Berpakaian Mirip KKK, Ini Penjelasan UiTM

Kumpulan Pelajar Berpakaian Mirip KKK, Ini Penjelasan UiTM

15/04/2025
0

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjelaskan penggunaan pakaian menyerupai kostum tertentu oleh sekumpulan pelajar di Kampus Dengkil baru-baru ini...

Isu FashionValet: Proses Rakam Percakapan Vivy, Suami Masih Berjalan – SPRM

Isu FashionValet: Proses Rakam Percakapan Vivy, Suami Masih Berjalan – SPRM

05/11/2024
0

PUTRAJAYA - Selepas tiga jam, proses rakaman percakapan pengasas platform e-dagang FashionValet, Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd