• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Parti BJP Menang Besar Di India

oleh
24/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Pilihan raya umum mega India mencapai kemuncaknya hari ini dengan kemenangan dilaporkan memihak kepada Perdana Menteri, Narendra Modi yang berjaya meraih majoriti besar.

Data Suruhanjaya Pilihan Raya India selepas kiraan membabitkan 600 juta undian menunjukkan Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Modi memperoleh lebih 300 kerusi dari 543 kerusi dipertandingkan sementara pembangkang utama, Parti Kongres Kebangsaan India (INC) di bawah pimpinan Rahul Gandhi dilapor meraih kurang 100 kerusi.

Proses undian tujuh peringkat yang bermula pada 11 April dan berakhir pada 19 Mei lalu menyaksikan Modi berkempen demi mempertahankan jawatannya selepas Parti BJP memenangi majoriti kerusi di Dewan Rendah Parlimen atau Lok Sabha pada tahun 2014.

Dengan majoriti melebihi 300 kerusi Parti BJP sekali gus mendapat mandat mengekalkan pemerintahan dan Modi mempertahan jawatannya untuk tempoh lima tahun lagi.

“Bersama-sama kita akan membina negara ini. India menang sekali lagi,” tulis Modi di laman Twitter.

Menurut Modi, keputusan pilihan raya tersebut menunjukkan rakyat menolak penipuan dan propaganda pihak pembangkang selama ini.

Undian kali ini menyaksikan pertembungan sengit Modi dan Gandhi namun pengaruh kuat Modi dalam kalangan rakyat berjaya mengekang hasrat Gandhi untuk mengambil alih kuasa.

Secara keseluruhan, lebih 2,000 parti dan 8,000 calon bertanding dalam pilihan raya yang disifatkan terbesar dan termahal di dunia itu dan parti atau pakatan yang menang memerlukan sekurang-kurangnya 272 kerusi untuk membentuk kerajaan.

Penganalisis berkata, kemenangan Modi, 67, adalah disebabkan kegagalan pembangkang membidas intipati kempen Parti BJP yang merangkumi isu nasional, pembangunan dan juga agama.

Susulan kejayaannya, Modi menjanjikan pembangunan menyeluruh untuk pelbagai lapisan rakyat India. – Agensi

Tags: IndiaNarendra ModiParti Bharatiya Janata
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Vijay Berterima Kasih Ucapan Tahniah Narendra Modi, Anwar

Vijay Berterima Kasih Ucapan Tahniah Narendra Modi, Anwar

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay berbesar hati menerima ucapan tahniah menerusi media sosial kepadanya oleh...

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

25/03/2026
0

NEW DELHI – Perdana Menteri India, Narendra Modi memaklumkan beliau menerima panggilan telefon daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd