• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Singapura Tangguh Hukuman Mati Rakyat Malaysia

oleh
24/05/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Mahkamah Rayuan Singapura semalam membuat keputusan membenarkan permohonan rakyat Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman menangguhkan hukuman mati yang dihadapinya dan membolehkan beliau mencabar proses pengampunan.

Pannir, 32, yang diwakili oleh peguam Too Xing Ji dan Lee Ji En dari BMS Law, dijadual menjalani hukuman mati pada subuh hari ini.

Dia mengemukakan permohonan itu sementara menunggu satu pencabaran ke atas penolakan pengampunan.

Surat daripada Presiden Singapura yang menolak pengampunan itu dan pemakluman hukuman itu kedua-duanya bertarikh 17 Mei, 2019 tetapi surat yang memaklumkan kepada ahli keluarganya mengenai hukuman mati itu dihantar pada 16 Mei 2019.

Permohonan Pannir didengar di hadapan Ketua Hakim, Sundaresh Menon dan 2 Hakim Rayuan, Judith Prakash dan Steven Chong.

Dalam keputusannya, Menon berkata, Pannir “perlu mempunyai peluang munasabah mendapatkan nasihat mengenai sama ada beliau boleh memenangi cabaran dengan penuh jaya.

“Yang jelas, beliau dimaklumkan kedua-duanya iaitu penolakan petisyen pengampunan dan tarikh jadual hukuman mati hanya 1 minggu sebelumnya.”

Hakim berkenaan juga mengambil pertimbangan Too hanya timbul dalam gambaran sebagai peguam Pannir hari ini.

“Untuk berlaku adil terhadap beliau, kita tidak boleh menjangka beliau dalam keadaan mengemukakan satu hujah yang maju. Dalam keadaan itu kita merasakan hukuman itu perlu kekal sehingga perintah selanjutnya.

“Perayu mempunyai dua minggu untuk mengemukakan permohonan hasratnya bersama-sama dengan sebarang bukti sokongan. Pendakwa raya mempunyai tempoh dua minggu untuk menjawab.

“Kedua-dua pihak perlu mengemukakan rangka fail dalam masa satu minggu respon oleh pendakwa raya dan perkara untuk menetapkan semula bagi perbicaraan dalam notis singkat,” kata Menon.

Pannir didapati bersalah pada 27 Jun 2017 oleh Mahkamah Tinggi Singapura kerana mengedar 51.84g diamorphine di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 3 September 2014.

Yang turut hadir di mahkamah ialah keluarganya dan penasihat Lawyers for Liberty, N Surendran dan pengarah eksekutif Latheefa Koya.

Sementara itu, bapa Pannir, Pranthaman Rajoo begitu gembira dengan keputusan Mahkamah Rayuan Singapura menangguhkan hukuman itu dan berkata beliau berdoa ia tidak sekejap sahaja.

Tags: hukuman matirakyat MalaysiaSingapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Malaysia Pulang Dari Thailand Antara 400 Mangsa Terkandas Di Wang Kelian

Rakyat Malaysia Pulang Dari Thailand Antara 400 Mangsa Terkandas Di Wang Kelian

23/11/2025
0

Kangar: Hampir 400 mangsa terkandas di Wang Kelian dekat Padang Besar, selepas berlaku runtuhan tanah di Jalan Wang Kelian, kira-kira...

Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina Dihukum Mati

Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina Dihukum Mati

17/11/2025
0

DHAKA: Mahkamah di Dhaka, hari ini menjatuhkan hukuman mati terhadap bekas Perdana Menteri Bangladesh yang digulingkan, Sheikh Hasina, atas tuduhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd