• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Tembak Monyet Untuk Suka-Suka

oleh
23/05/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERI MANJUNG – Suspek lelaki yang ditahan berhubung kes tembak monyet yang tular di media sosial baru-baru ini melakukan perbuatan tersebut dengan bermotifkan suka-suka.

Dalam kejadian antara 10 hingga 11 pagi pada 18 Mei lalu, remaja lelaki berusia 18 tahun itu menembak monyet liar dengan satu das tembakan sebelum membuang bangkai haiwan itu ke dalam sungai di Bota.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di Lambor Kiri, Bota dan turut ditahan bapa suspek berusia 54 tahun yang juga pemilik senjata api berkenaan untuk membantu siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, dua beranak berkenaan ditahan di rumah mereka di Taman Kenangan, Sitiawan pada pukul 9.20 semalam.

“Remaja lelaki itu mengaku mengambil pistol bapanya yang sedang tidur dalam pondok di kebun pisang bapanya pada hari kejadian.

“Suspek yang berusia 18 tahun itu juga mendakwa kejadian itu dilakukan hanya suka-suka dan turut mendakwa monyet itu ditangkap di kebun kerana merosakkan hasil tanaman.

“Bapa suspek pula memaklumkan pelaku dalam video yang tular itu seakan anaknya dan polis akan ke lokasi kejadian untuk meneruskan siasatan lanjut,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung di sini, hari ini.

Menurutnya, pihaknya turut merampas sepucuk pistol warna hitam jenis Glock 42, sarung pistol, 12 peluru dan lesen pemilikan senjata api.

Razarudin berkata, suspek yang tidak berkerja dan bapanya yang berkerja sebagai peniaga itu direman selama empat hari sehingga 26 Mei ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 428 Kanun Keseksaan.

“Setakat ini, hasil siasatan awal mendapati itu kejadian pertama yang dilakukan oleh suspek dan kita juga belum dapat memastikan jika remaja itu mempunyai masalah mental namun, siasatan lanjut akan dijalankan.

“Justeru, polis menasihati pemegang lesen senjata api supaya lebih berhati-hati dalam memastikan keselamatan senjata itu dan meletakkannya di tempat yang lebih selamat supaya tidak boleh diambil oleh anak dan kes ini bapa suspek mengakui tidak tahu senjata api itu diambil oleh anaknya.

“Kejadian seumpama itu juga tidak seharusnya berlaku kerana bukan sahaja membabitkan kesalahan menggunakan senjata api, malah ia adalah satu penganiayaan terhadap haiwan,” katanya.

Video berdurasi 19 saat itu memaparkan seorang lelaki menembak seekor monyet gara-gara tidak memanggilnya ‘Baby sayang’ sehingga mengundang kecaman netizen yang mengutuk kejadian itu.

Lelaki berkenaan menyuruh monyet berkenaan memanggilnya ‘Baby sayang’ sebelum menembak haiwan itu selepas kiraan tiga, malah sempat menunjukkan kesan darah di situ. – K! ONLINE

Tags: monyettembakTularviral
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

Trak Bawa Monyet Makmal Terbalik Di Amerika Syarikat, Punca Panik Awam

Trak Bawa Monyet Makmal Terbalik Di Amerika Syarikat, Punca Panik Awam

30/10/2025
0

Trak Bawa Monyet Makmal Terbalik di Amerika Syarikat, Punca Panik Awam — Namun Dakwaan Jangkitan Penyakit Disangkal Oleh Mynewshub WASHINGTON,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd