• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MFL Tiada Agenda Tertentu Isu Lambat Serah Geran

oleh
23/05/2019
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pengerusi Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan pihaknya tidak mempunyai agenda tertentu berhubung isu geran tahunan lambat diserahkan kepada semua pasukan bertanding dalam Liga Malaysia (Liga M).

Baginda bertitah apa yang diketahuinya, MFL hanya memiliki satu sahaja agenda iaitu memajukan industri bola sepak tanah air dan oleh itu, tidak timbul soal ia mempunyai agenda lain seperti didakwa pihak tertentu.

“Sesiapa sahaja yang terlibat dalam industri bola sepak tanah air berhak untuk bertanya (mengenai isu geran) tetapi apabila bertanya jangan pula ada buat spekulasi, macam contoh mengatakan ada ke agenda lain di dalam MFL

“MFL ada satu sahaja agenda iaitu untuk memajukan bola sepak tanah air. Itu satu-satunya agenda MFL ada,” titahnya dalam sidang media, di sini hari ini.

Titah baginda, MFL tidak bermaksud untuk lambat dalam pembayaran kerana ia sedikit ‘tergugat’ selepas berdepan dengan penamatan kontrak penajaan bersama Telekom Malaysia.

Tunku Ismail bertitah bagaimanapun perkara itu tidak akan digunakan sebagai alasan kelewatan itu dan MFL akan memastikan geran tahunan itu diserahkan kepada pasukan bertanding.

“Macam mana pun, kami kena serahkan tahun ini… Ini adalah tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada MFL,” katanya.

Baginda mengulas dakwaan pihak tertentu yang menyifatkan MFL selaku pengendali Liga M mempunyai agenda tersendiri apabila melambatkan penyerahan geran tahunan kepada semua pasukan.

Tunku Ismail bertitah melihat keadaan semasa itu, terdapat keperluan untuk MFL mencari penaja daripada luar negara jika mahu melihat industri bola sepak tanah air terus berkembang.

“Kita kena cari penaja daripada luar negara supaya MFL boleh terus memberikan geran kepada pasukan-pasukan lain dan MFL sedang bekerja keras dalam hal ini,” katanya.

Tags: Geran TahunanmflTunku Ismail Sultan Ibrahim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Minta Mesyuarat Ditangguhkan Hormati Azan

Tunku Mahkota Ismail Minta Mesyuarat Ditangguhkan Hormati Azan

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mengambil peluang melontarkan pelbagai kritikan dan teguran berhubung keadaan...

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR – “Kalau awak semua nak cakap pasal solusi, saya ada solusi untuk selamatkan liga.” Demikian tegas pemilik kelab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd