• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Berdebat Dengan Kit Siang Selepas Ramadan

oleh
22/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan mengadakan debat dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang selepas bulan Ramadan ini.

Beliau berkata, maklumat berkenaan debat termasuk tajuk, syarat perdebatan, tarikh, masa dan tempat akan dibincangkan bersama beberapa pihak yang terlibat dalam tempoh terdekat.

“Insya-Allah kita akan tentukan tarikh, saya minta lepas Ramadan ini, tidak mungkin kita hendak berdebat dalam bulan Ramadan pula.

“Tarikh, tempat dan kaedahnya akan ditentukan tapi yang pasti debat itu akan tetap diadakan,” katanya.

Najib ditemui selepas menghadiri majlis Iftar Jamaie di kediaman Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad di Klebang di sini tadi.

Turut hadir hadir ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab. Raof Yusoh.

Terdahulu, dalam laporan sebuah portal hari ini, Najib mengeluarkan kenyataan mencabar Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri untuk berdebat.

Najib berkata, beliau bersedia mengadakan “apa saja” perdebatan gaya bebas dengan Kit Siang, selepas pemimpin kanan DAP itu menyerang secara terbuka mengenai frasa “Malu Apa Bossku” yang didakwa melanggar prinsip Rukunegara, baru-baru ini.

Pada Julai tahun lalu, Kit Siang turut mencabar Najib menyertai debat umum bertajuk Islam Bukan Kleptokrasi. – K! ONLINE

Tags: debatLim Kit SiangNajib Tun Razak
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Adam Adli Sedia Berdebat Dengan Syed Saddiq Selepas PRN

Adam Adli Sedia Berdebat Dengan Syed Saddiq Selepas PRN

04/08/2023
0

PETALING JAYA – Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd. Halim bersedia untuk menerima jemputan Presiden MUDA, Syed Saddiq...

Ahli Parlimen PN Ubah Fikiran, Setuju Debat Dengan Rafizi

Ahli Parlimen PN Ubah Fikiran, Setuju Debat Dengan Rafizi

01/08/2023
0

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bachok dari Perikatan Nasional, Syahir Sulaiman membuat pusingan U berhubung cabaran Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd