• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelantan Umum Bonus Raya RM500 Seorang

oleh
21/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kakitangan Kerajaan PAS Kelantan akhirnya mendapat berita gembira yang ditunggu-tunggu mereka mengenai bonus raya tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob hari ini mengumumkan pemberian bonus raya sebanyak RM500 seorang kepada 6,600 kakitangannya, membabitkan peruntukan berjumlah RM3.3 juta.

Beliau berkata, pembayaran bonus kepada penjawat awam itu akan dibuat seawalnya minggu hadapan.

“Kita putuskan memberi bonus raya sama seperti negeri lain.

“Sama dengan tahun lepas juga kita akan beri RM500 seorang melibatkan RM3.3 juta keseluruhan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Dalam masa sama, Ahmad turut mengumumkan diskaun sehingga 70 peratus kepada denda cukai tanah yang tertunggak bermula hari ini sehingga penghujung tahun ini.

“(Cukai) yang asas itu memang kena bayar tetapi kita bagi diskaun untuk denda yang menjadi punca orang tidak bayar cukai tanah.

“Tahun lalu kita bagi tawaran diskaun ini sebulan sahaja tetapi tahun ini, kita bagi peluang untuk rakyat dapat diskaun ke atas denda cukai tanah mereka sehingga hujung tahun ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: bonus rayaKelantanPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Menyimpang Daripada Kepimpinan Allahyarham Nik Abdul Aziz – DAPSY

PAS Menyimpang Daripada Kepimpinan Allahyarham Nik Abdul Aziz – DAPSY

21/07/2026
0

SEREMBAN - Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mendakwa PAS telah menyimpang daripada kepimpinan bekas Mursyidul Am, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz...

PRN Negeri Sembilan: Sah BN 25 Kerusi DUN, PN 11 Kerusi DUN

PRN Negeri Sembilan: Sah BN 25 Kerusi DUN, PN 11 Kerusi DUN

17/07/2026
0

SEREMBAN - Perikatan Nasional (PN) hari ini mengumumkan calon bagi kesemua 11 baki kerusi yang tidak ditandingi oleh Barisan Nasional...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd