• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

11 Kamera AWAS Ditambah Di Lebuhraya PLUS

oleh
16/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Sebelas kamera Automated Awareness Safety System (AWAS) dijangka ditambah di lokasi-lokasi yang kerap berlaku kemalangan, di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) bagi meningkatkan keselamatan jalan raya.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar berkata lokasi-lokasi itu akan diputuskan selepas kajian dibuat bersama beberapa pihak berkaitan termasuk PLUS Malaysia Berhad dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) yang dijangka siap tahun ini.

“Buat masa ini terdapat 19 kamera AWAS yang sedia ada di lebuh raya kendalian PLUS…11 kamera lagi akan dipasang di lokasi yang kerap berlaku kemalangan, dan mempunyai kes-kes kemalangan yang tertinggi.

“Akan ada tempat-tempat yang akan kami beri tumpuan yang lebih awal, satu daripadanya ialah Terowong Menora di Ipoh yang kerap berlaku kemalangan…,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian kenderaan penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang disumbangkan PLUS di Persada PLUS, di sini hari ini.

Beliau berkata PLUS akan menanggung kos pemasangan 11 unit itu, yang dianggarkan berjumlah RM3 juta, selain penyelengaraan berkala.

Dalam pada itu, Kamaruddin berkata sumbangan 10 unit kenderaan penguatkuasa Honda CRV daripada PLUS kepada JPJ itu, akan digunakan bagi tujuan rondaan dan penguatkuasaan JPJ di sepanjang lebuh raya di bawah seliaan PLUS.

Tags: JPJkamera AWASLebuhraya PLUS
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

[TIDAK RASMI] BN Mendahului Lebih 2,000 Undi Di DUN Linggi, Aminuddin Ketinggalan

[TIDAK RASMI] BN Mendahului Lebih 2,000 Undi Di DUN Linggi, Aminuddin Ketinggalan

01/08/2026
0

SEREMBAN - Calon Barisan Nasional (BN) sedang mendahului lebih 2,000 undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi berdasarkan kiraan tidak...

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan perkhidmatan dalam talian bagi urusan pertukaran hak milik kenderaan oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd