• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gabungan PAS-UMNO Resipi Terbaik Menang PRU15

oleh
16/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – PAS Kedah menyokong sepenuhnya gambaran awal Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu PAS dan UMNO bergabung sebagai ‘resipi’ merebut kerusi pada pertembungan PRU15.

Pesuruhjayanya, Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi berkata, gambaran awal itu juga memudahkan jentera pilihan raya dalam menyusun gerak kerja bersama menghadapi Pakatan Harapan (PH).

“Gambaran awal itu sebenarnya memudahkan jentera pilihan raya PAS menyusun gerak kerja yang lebih mantap dalam merealisasikan impian parti untuk menang PRU15.

“Kerjasama politik melalui kaedah ta’awun PAS dan UMNO itu ternyata menggugat kedudukan PH yang dilihat cuba melaga-lagakan pemimpin kedua-dua parti dengan membangkitkan isu basi seperti takfiri,” katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Pada Jumaat lalu, Abdul Hadi berkata, PAS dan UMNO akan bergabung menghadapi PH pada PRU15, pada majlis Badar Kubra dan Nuzul Quran di Kompleks PAS Kerdau.

Menurutnya, gabungan itu bakal menawan Putrajaya daripada PH memandangkan PAS dan UMNO sudah bersih dari pemimpin korup selepas beberapa individu bermasalah telah keluar parti dan menyertai PH.

Dalam pada itu, Ahmad Fakhruddin menasihatkan ahli dan penyokong kedua-dua parti itu tidak terpengaruh dengan dakyah pimpinan PH, malah lebih bersemangat mengatur program bersama dan turun padang memperjelas situasi politik kepada rakyat.

“Kerajaan PH sebenarnya cuba mengalih pandangan rakyat daripada memfokus kepada prestasi ekonomi negara yang menjunam selepas peralihan kuasa daripada pentadbiran terdahulu.

“Contohnya, hutang negara meningkat daripada RM686 bilion menjangkau RM700 bilion, nilai ringgit negara lemah serta penarafan pasaran saham bursa paling corot di Asia ketika ini,” katanya.

Menurutnya, PH juga dilihat terkial-kial berusaha menepis persepsi rakyat terhadap dakwaan gejala rasuah yang terpalit kalangan kepimpinan mereka.

“Ini ditambah pula dengan beberapa keputusan pusingan U yang terpaksa diambil kerajaan seperti isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan bebas tol yang nyata menghakis keyakinan rakyat terhadap mereka.

“Saya nak mengingatkan kerajaan PH supaya meningkatkan usaha untuk memenangi hati rakyat berbanding menuding jari mencari kesalahan pembangkang,” katanya. – Sinar Harian

Tags: PASPRU15UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

‘Jawatan Hanyalah Pinjaman, Kuasa Adalah Amanah’ – Onn Hafiz

‘Jawatan Hanyalah Pinjaman, Kuasa Adalah Amanah’ – Onn Hafiz

09/08/2026
0

SIMPANG RENGGAM – UMNO perlu kembali kepada perjuangan asal dan tidak menjadikan kemenangan sebagai alasan untuk mendabik dada, sebaliknya terus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd